Nguyen Cong Phuong, Pemain Kedua Vietnam Beraksi Di J League Selepas Lee Cong Vinh
|
Mito Hollyhock hari ini mengesahkan Nguyen Cong Phuong bakal menyertai pasukan berpangkalan di Mito itu secara pinjaman selama satu musim pada 2016.
Menurut kenyataan rasmi dari pihak Mito Hollyhock sendiri, Hoang Anh Gia Lai FC sudah pun menyatakan persetujuan dan majlis rasmi untuk menandatangi kontrak itu akan diadakan pada 23 Disember 2015.
Cong Phuong dalam temuramah berkenaan perkara itu menyatakan kegembiraannya dan teruja untuk membuat penampilan pertama dalam saingan J League.
” Saya sangat gembira dan teruja kerana akan menjadi sebahagian dari keluarga Mito Hollyhock. Saya berterima kasih kepada kedua-dua buah kelab kerana telah membuka jalan kepada saya untuk terus maju.”
[ニュース]グエン コンフォン選手 期限付き移籍加入内定のお知らせ。 https://t.co/rb55kWO3gZ #hollyhock pic.twitter.com/0c1SJdNywq
— 水戸ホーリーホック (@hollyhock_staff) December 7, 2015
“Bermain dalam sebuah liga yang kompetitif seperti J League akan dapat membantu saya untuk menimba pengalaman berharga dalam karier saya. Mito mempunyai stadium yang hebat dan penyokong yang fanatik. Semoga mereka terus memberikan sokong yang padu pada musim 2016.”
“Saya juga berharap akan ada lebih lagi peluang seperti ini untuk membolehkan rakan-rakan saya berpeluang untuk mempamerkan aksi di Jepun di masa hadapan.”
Next : Kelab Divisyen 2 China, Tianjin Songjiang Beli Bekas Penyerang Brazil, Luis Fabiano