Frank Bernhardt Dilantik Ketua Jurulatih Skuad Malaysia U23

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
68134780DC53EC695CC4D38DD537BCE41E3BD19EE7B6B636AE645CD160E2663E
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Abdul Mokhtar Ahmad, hari ini mengumumkan Frank Bernhardt dari Jerman sebagai ketua jurulatih baharu skuad B-23 Malaysia untuk menghadapi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
 Jurulatih berusia 46 tahun itu telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli dalam Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM yang dipengerusikan Abdul Mokhtar pada mesyuarat di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
 Selain Bernhardt, dua calon lain yang turut berada dalam senarai pendek untuk proses temuduga yang berlangsung pada 1 Disember lalu ialah bekas jurulatih kebangsaan Filipina, Michael Weiss dari Jerman dan penyandang jawatan jurulatih skuad B-23 negara yang ketika ini bertindak sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
2mann043
 Berikut komen Abdul Mokhtar ketika ditemui pemberita selepas selesai mesyuarat berkenaan, sebentar tadi:
“Selepas mengkaji latar belakang Bernhardt dan mendengar pendapat daripada panel pemilihan, ahli-ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas FAM telah bersetuju untuk melantiknya sebagai ketua jurulatih baharu skuad B-23 negara.
 “Jadi selepas pengumuman ini, kita akan memanggil Bernhardt untuk perbincangan terma dan syarat kontraknya. Tapi pada dasarnya kita sudah mengetahui gaji dimintanya serta permintaan lain.
 “Cuma kita mahu memperhalusi sedikit lagi beberapa syarat dalam kontraknya itu nanti. Kita mungkin menawarkannya kontrak dua tahun dan akan menilai semula selepas Sukan SEA 2017.
 “Memandangkan ini skuad projek Sukan SEA, sudah tentu KPI buat dirinya adalah untuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 kerana Malaysia sebagai tuan rumah.”

comments