Rundingan Perpindahan Penyerang Chonburi, Worachit Kanitsribampen, Bersama FC Tokyo

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Worachit

Penjaring gol termuda Thai Premier League (TPL) dari kelab Chonburi, Worachit Kanitsribampen, sedang dalam proses rundingan bersama FC Tokyo bagi perpindahan ke kelab J League tersebut musim 2016.

Penyerang berasal dari Chiang Mai itu, mencatat rekod sebagai penjaring termuda pada usia 17 tahun 340 hari ketika Chonburi bertemu Rachaburi, selepas kembali dari Phan Thong FC sebagai pemain pinjaman.
20131003180654_dqeyangzphwf

Woracit yang juga pernah menjalani ‘trial’ bersama Leceister City pada tahun 2013, merupakan kapten Thailand dalam kejohanan AFF U19 yang berlangsung di Laos serta memenangi anugerah penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol. 1 dari pada gol beliau adalah ketika membelasah Malaysia 5-0 pada saingan separuh akhir.

cb5ede665e

Jika perpindahan ke FC Tokyo menjadi kenyataan, kami menjangkan beliau akan diserap ke pasukan FC Tokyo U23 yang akan beraksi dalam saingan J3. Mulai musim 2016, 4 kelab utama J League akan mempunyai pasukan U23 yang akan beraksi dalam saingan J3 dan salah sebuah kelab itu adalah FC Tokyo U23.

Video Highlight Perlawanan Separuh Akhir AFF U19 2015
Thailand U19 5-0 Malaysia U19

Worachit Kanitsribampen memakai jersi 24 sebagai kapten dan menjaringkan gol ke-2 Thailand.

comments