Eksklusif: Temubual Bersama Penjaga Gol Singapura, Izwan Mahbud Di Jepun

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12299115_1024659240890505_7973989532652664431_n_0

Keputusan seri diantara Jepun dan Singapura pada 16 Jun 2015, seolah-olah telah mencetuskan drama awal kepada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 yang  membuatkan peminat dan pemerhati bola sepak Jepun terkesima di Saitama Stadium.

Mungkin pemain yang paling beruntung adalah penjaga Singapura, Izwan Mahbud, yang telah berjaya mengagalkan deretan percubaan dari  skuad Samurai Blue itu sehingga menarik perhatian beberapa kelab Jepun lain sebelum Matsumoto Yamaga menawarkan peluang ‘percubaan’ kepadanya.

Kelab berpangkalan di bandar Matsumoto itu menunaikan janji yang mereka nyatakan dengan kerjasama penaja utama mereka, Epson, untuk menjemput penjaga gol LionsXII itu ke kem latihan pasukan dimana telah mengujakan peminat-peminat kelab itu disamping menarik perhatian banyak media sukan utama Jepun.

93f88a55-594c-4ad0-a596-d433bd137eb0

Photo: Epson Singapore

Dalam temubual eksklusif bersama Football Channel, Izwan Mahbud menceritakan pengalamannya menjadi ‘pemain bintang’, latihan bersama Matsumoto Yamaga, dan harapannya kepada pemain Singapura untuk beraksi dalam J League.

1) Apakah perkara yang paling diingati semasa seri 0-0 bertemu Jepun tempoh hari?

Saya masih ingat dalam perlawanan tersebut, pasukan Jepun menyerang kawasan kami selama 90 minit. Kami memang bermain dalam keadaan tertekan, dan ‘parking bus’ sahaja. Mereka sentiasa mengasak dari segenap ruang. Mereka menguasai bola, membuat hantaran lintang dan percubaan ke gawang. Tetapi, akhirnya mungkin ia hari yang bertuah untuk saya.

Kami bekerja dalam secara berkumpulan, pemain-pemain pertahanan banyak membantu saya dan mereka sangat penat selepas perlawanan. Kami seri dalam perlawanan itu dan ia satu keputusan yang bagus untuk kami. Perlawanan itu sememangnya sangat bermakna bagi kami.

NP_20151205_DLSOC05B_1093681

2) Adakah Izwan melihat kembali rakaman perlawanan ?

Memang saya melihat kembali rakaman video perlawanan kerana saya akan melihat apakah kesalahan yang telah saya lakukan sepanjang perlawanan untuk memperbaiki prestasi dan sebagai rujukan untuk melakukan aksi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

Sebagai pemain, saya tidak boleh untuk rasa berpuas hati kerana akan ada seseorang yang akan cuba merampas posisi saya. Inilah sebab saya perlu bekerja lebih keras dan meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi.

44482a40-2c6a-4d61-ae8c-09e2155b7299

Photo: Epson Singapore

3) Apakah keputusan/prestasi  perlawanan itu menjadi ‘turning-point’ dalam karier bola sepak Izwan?

Saya tidak pernah rasa begitu pun selepas perlawanan itu. Kami gembira kerana seri menentang Jepun kerana ia suatu pencapaian yang besar bagi bola sepak Singapura. Selepas itu ramai orang beritahu saya untuk menunggu ‘tawaran’ yang akan datang, dan saya masih menunggu sehingga sekarang!

 

4) Apakah tanggapan Izwan mengenai negara Jepun dan orang Jepun?

Mereka sungguh ramah dan sopan, sentiasa senyum dan sangat menyambut baik tetamu. Dan pemain-pemain mereka pula memrikan 100% tumpuan dalam latihan.

Kelab-kelab bola sepak mereka juga memiliki fasiliti yang cukup bagus, padang yang terbaik dan banyak lagi perkara yang bagi saya sangat berbeza.

Bola sepak Jepun merupakan antara yang terbaik di Asia dan patut dijadikan ‘role model’ kepada bola sepak Singapura.

ST_20151206_SPTIZWA_1894013

5) Pemain dan kelab Jepun mana yang menjadi idola Izwan ?

Saya sangat suka dengan Shunsuke Nakamura kerana ‘free kick’ dia yang hebat. Jika saya bermain ‘Winning Eleven dan saya memang akan beli dia untuk pasukan saya.

Selain itu, saya juga suka melihat aksi Honda Keisuke dan Shiji Kagawa – mereka telah membuktikan bahawa pemain dari Asia mampu untuk beraksi baik di Eropah. Ini merupakan satu motivati untuk saya ‘memaksa diri’ bermain untuk Asia. Banyak yang boleh dipelajari.

 

6) Bagaimana dengan bahasa dan komunikasi ?

Untuk masa sekarang tiada masalah, tetapi saya belajar untuk memanggil no jersi rakan sepasukan. 2 orang penjaga gol dan pembatu jurulatih boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan pejaga gol lain akan menerangkan berkaitan apa yang akan kita seterusnya.

20151203_epson_Izwan

7) Adakah Izwan akan belajar bahasa Jepun jika berjaya beraksi di Matsumoto?

Saya rasa saya perlu belajar dari sekarang, tidak kira samada saya akan beraksi disini atau tidak, ia merupakan batu loncatan kepada saya. Sebagai pemain bola sepak anda perlu bersedia kerana kita tidak tahu bila tawaran akan datang.

ad0618be-ab4b-44be-a155-54f5d0ccf204

Photo: Epson Singapore

8) Ada kebarangkalian pemain Singapura lain akan datang ke Jepun?

Ramai pemain Singapura yang beraksi dengan baik seperti Safuwan Baharudin. Dia sudah cukup bersedia untuk beraksi di Jepun atau di Asia.

Jika kita bermain dalam liga diluar negara yang lebih baik, ia akanmengajar kita bagaimana untuk menjadi pemain yang lebih baik. Anda perlu bersedia 100% setiap masa. Ini akan memberikan kita motivasi untuk beraksi dengan lebih bagus dari pemain tempatan yang lain.

comments