Pemain Vietnam Ke 3 Beraksi Dalam J League Bersama Yokohama FC

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
tuan-anh-top

Selepas berita mengenai Nguyen Cong Phuong menyertai pasukan J2 League, Mito Hollyhock, kini seorang lagi pemain Vietnam, Nguyen Tuan Anh,  sah akan menyertai Yokohama FC yang juga beraksi dalam saingan J2 League musim 2016.

Berita ini sudah pun disahkan secara rasmi oleh Yokohama FC, dimana Tuan Anh akan menyertai kelab yang berpangkalan di Yokohama itu secara pinjaman mulai 1 Feb 2015 hingga 1 Jan 2017. Dalam perjanjian tersebut, seorang pemain dari Yokohama FC, Masaki Ideguchi,  akan menyertai kelab HAGL juga secara pinjaman selama 1 musim.

anh

” Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Yokohama FC. Sepanjang seminggu menyertai latihan, saya mendapat pengalaman berharga bersama pemain-pemain Jepun dan dapat belajar banyak perkara dari pemain profesional terutama dari segi disiplin.”

BACA JUGA: NGUYEN CONG PHUONG, PEMAIN KEDUA VIETNAM BERAKSI DI J LEAGUE SELEPAS LEE CONG VINH

dmh_8206

Nguyen Tuan Anh merupakan anak kedua kepada Timbalan Pengarah Hospital Phu Duc, Nguyen Van Dunh, yang mahukan anaknya ini menjadi seorang doktor. Tetapi kerana ‘gila’ bola sepak, keluarganya terpaksa menerima hakikat bahawa anak mereka ini mempunyai minat dan keinginan yang tinggi sebagai pemain bola sepak.

3 copy-220be

Pemain ini juga pernah mendapat perhatian Arsene Wenger ketika menyertai latihan bersama skuad Arsenal U17. Wenger juga telah mencadangkan Tuan Anh kepada sebuah kelab Greece untuk menimba pengalaman, namun beliau tidak kesana kerana mengalami kecederaan ligamen yang serius.

Bulan Mac lalu, Nguyen Tuan Anh beraksi untuk Vietnam U23 dalam kelayakan 2016 AFC U23, dimana Malaysia U23 tewas 1-2 kepada Vietnam.

comments