Kazuhito Kishida Kekal Bersama Renofa Yamaguchi Untuk Saingan J2 League 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
img_4962619bbbbd407c5fb1379c7c386623217617

Kazuhito Kishida, penyerang prolifik pasukan J3 League 2015, Renofa Yamaguchi, mengesahkan bahawa beliau telah bersetuju untuk melanjutkan kontrak bersama pasukan yang berpangkalan di Yamaguchi itu untuk menghadapi saingan J2 League musim 2016.

Kishida yang beraksi dalam 34 perlawanan bersama Renofa Yamaguchi musim 2015 dan menjaringkan 32 gol, sekaligus menjadikannya sebagai penjaring gol terbanyak J3 League musim 2015.

dsc_1107_2

Kishida memulakan karier bola sepaknya bersama akademi Oita Trinita U18 sebelum menyertai pasukan Fukuoka Universiti semasa menyambung pelajarannya disana. Selepas keluar dari universiti, beliau terus menyertai pasukan berpangkalan di Tokyo pada 2013.

Musim 2014, Kishida dipinjamkan ke pasukan yang beraksi dalam Japan Football League (JFL), Renofa Yamaguchi,  Dalam saingan ini Kishida berjaya dinobatkan sebagai pemenang kasut emas JFL 2014 apabila menjaringkan 17 gol sepanjang musim.

news_110966_1

Selepas Renofa Yamaguchi berjaya layak ke saingan J3 League 2015, Kishida terus membuktikan kupayaannya untuk merobek gol pasukan lawan dengan 32 gol sepanjang musim 2015.

68f75c0cb6320ff72d83fe97d97dbfae

Musim 2016 akan menghadirkan cabaran yang lebih kompetitif kepada Kishida, untuk terus mengulangi kejayaan menjadi penjaring terbanyak j2 2016.

comments