FIFA Club World Cup 2015: Gol Paulinho Bantu Guangzhou Evergrande ke Separuh Akhir

Tandukan bekas pemain tengah Totenham Hotspur, Paulinho, pada minit-minit akhir permainan membantu Guangzhou Evergrande layak ke separuh apabila menewaskan juara CONCACAF, Club America, 2-1 dalam perlawanan suku akhir FIFA Club World Cup 2015 di Osaka.
Oribe Peralta terlebih dahulu menjaringkan gol untuk Club America berada didepan pada minit ke 54, selepas menyudahkan hantaran lintang rendah dari Dario Benedetto dari sebelah kanan dengan tandukan terbang ke gawang Guangzhou Evergrande.
Gol Penyamaan Zhen Long – Kerja keras Paulinho
Namun juara AFC Champions League 2015 itu tidak mudah menyerah kalah apabila tidak berputus asa melancarkan serangan untuk mencari gol penyamaan. Dan pada minit ke 80, satu serangan balas pantas yang dicetuskan oleh Paulinho dari kawasan sendiri, bertukar hantaran satu dua bersama Gao Lin, dan umpanan kepada Zhen Long dari dalam kotak penalti, membolehkan gol penyamaan dihasilkan.
Gol Kemenangan Minit ke 93
Sepakan penjuru dari sebelah kanan gol Club America diambil oleh pemain yang dibawa masuk oleh Luis Filipe Scolari pada minit ke 79 menggantikan Elkeson, Yu Hanchou, ditandukan oleh Paulinho yang tidak langsung dicabar pada minit terakhir permainan membunuh sengat pemain-pemain juara CONCACAF itu untuk bangkit.
Separuh Akhir – Barcelona Menanti
Diperingkat separuh akhir nanti, Guangzhou Evergrande berdepan tugas berat untuk mengekang permainan ‘tika taka’ skuad juara UEFA Champions League, Barcelona. Namun, Luis Filipe Scolari seakan sudah mempunyai perancangan, bagaimana untuk memberikan saingan hebat kepada skuad Blaugrana ini.
Video Highlight Perlawanan
ABOUT THE AUTHOR
Ahmad Ridzuan fcmy99
Next : FIFA Club World Cup 2015: Sanfrecce Hiroshima Benam Juara CAF Champions League, TZ Mazembe
-
Video: 5 Gol Terbaik Akademi Barcelona, La Masia
No Comments | Nov 18, 2015 -
Perancis Bersedia Terima Barcelona Masuk Ligue 1
No Comments | Oct 28, 2015 -
Kapten Barcelona B Kritik Luis Enrique Kerana Abaikan Pemain Muda
No Comments | Oct 13, 2015