FIFA Club World Cup 2015: Sanfrecce Hiroshima Benam Juara CAF Champions League, TZ Mazembe

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
7888279d-92f3-4e12-aeec-e4527d3dcd1f

Juara liga Jepun, Sanfrecce Hiroshima, mengalahkan juara CAF Champions League 2015, TZ Mazembe 3-0 dalam pertemuan separuh akhir FIFA Club World Cup 2015 yang berlangsung di Nagai Stadium, Osaka.

Dalam separuh masa pertama, Sanfrecce Hiroshima, membuka jaringan hasil sepakan penjuru disebelah kiri gol TZ Mazemba oleh Yusuke Chajima yang kemudiannya ditanduk tipis oleh Sho Sasaki, dan bola melintangi pintu gol sebelum disambar oleh Tsukasa Shiotani pada minit ke 44. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Sanfrecce.

bcfcf8a6-0c5b-4295-9bf9-d3d6be3a14bc

Gol Kedua Juga Dari Sepakan Penjuru Yusuke Chajima.

Kazuhiko Chiba, tenang melepaskan diri dari kawalan pemain TZ Mazembe yang mengawalnya, Nathan Sikala, untuk membuat tandukan terus kedalam gol bagi membolehkan Sanfrecce Hiroshima terus menjarakkan kedudukan selepas 11 minit perlawanan separuh masa kedua bermula.

Pemain Muda J League Paling Bernilai – Takuma Asano!

Baru sahaja dinobatkan sebagai pemain muda J League Paling Bermilai 2015, Asano nampak selesa dimasukkan pada minit ke 79, menggantikan pemegang bersama rekod jaringan terbanyak J1 League, Hisato Sato.

ce523470-921a-472d-9f13-30d9ffcc0257

Gerakan pantas menggunakan pemain laju, Mihael Mikic di sebelah kanan membolehkan beliau untuk mencipta satu hantaran lintang yang berjaya dibaca tepat oleh Asano yang tidak langsung dikawal pemain pertahanan TZ Mazembe untuk menambah duka juara kelab Afrika itu kepada 3-0 pada minit ke 78.

Kedudukan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

River Plate Menanti Di Separuh Akhir

Dalam saingan separuh akhir nanti yang akan diadakan pada 16 Disember 2015, Sanfrecce Hiroshima akan bertemu dengan Juara kelab CONMEBOL, River Plate.

Video Highlight Perlawanan

comments