2 Bekas Pertahanan Pahang FA Sah Milik Melaka United

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
FBbljVf

Seperti yang dijangkakan, 2 pertahanan Pahang, Muhammad Syawal Norsham serta Mohd Hazri Rozali kini sah menyertai skuad Melaka United apabila menandatangani kontrak bersama skuad kancil itu sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, seorang lagi pemain Pahang iaitu Abd Aziz Ismail tidak kelihatan namun difahamkan beliau sedang mempertimbangkan tawaran tersebut.Pemain berusia 26 tahun itu ketika dihubungi berkata, beliau perlu berhijrah untuk mengembalikan semula prestasinya setelah lama di bangku simpanan.

“Namun, tidak semestinya saya akan berada dalam kesebelasan utama kerana saya perlu bersaing dengan pemain-pemain sedia ada yang sangat bagus”.

Tambahnya lagi, perasaan sedih tidak dapat disembunyikan kerana Pahang satu-satunya pasukan saya sepanjang 7 tahun karier. Tetapi perasaan sebaliknya dirasakan sebaik sahaja mula menyertai sesi latihan pagi tadi.

mohd-syawal-norsham

Kiri: uhammad Syawal Norsham dan Mohd Hazri Rozali Foto: Pahang FA

“Pengurusan Melaka profesional, rakan-rakan baru menerima kami. Saya dan Hazri selesa disini”

Tambahnya lagi, pengalaman beraksi dipentas Liga Perdana, Liga Super, Piala Malaysia dan Piala AFC akan digunakan sebaiknya bagi membantu skuad Melaka United musim depan.

Syawal dan Hazri mula menyertai Pahang pada 2009 dan merupakan tulang belakang skuad itu sehingga layak ke Liga Super 2013. Selain itu, Syawal menjadi kapten skuad Piala Emas Raja-raja Pahang yang muncul juara pada 2011. Syawal dan Hazri akan menyertai kempen pra musim Melaka di Vietnam, minggu ini.

Untuk info lebih lanjut sila like Facebook kami Football Channel Malaysia

comments