Chonburi Ganti Suphanburi Dalam Saingan AFC Champions League 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
maxresdefault

Walaupun menamatkan saingan ditempat ke 4 Thai Premier League musim ini, Chonburi layak ke pusingan ke 2 kelayakan AFC Champions League selepas Suphanburi gagal memenuhi syarat ‘AFC Club Licensing’ yang telah ditetapkan.

AFC telah menghantar dokumen rasmi kepada Chonburi semalam yang menyatakan berkenaan perkara tersebut. Chonburi akan bertemu Yangon United, juara liga Myanmar, dalam pertemuan yang dijadualkan pada Feb 2016 nanti. Dengan pengesahan itu juga, menjadikan Chonburi sebagai pasukan ke 3 dari Thailand yang akan beraksi dalam AFC Champions League selepas Buriram United dan Muangthong United.

‘ Untuk pasukan ke 3 Thailand dalam saingan AFC Champions League, AFC telaj memaklumkan kepada kami bahawa Chonburi layak beraksi dalam saingan kelayakan selepas Suphanburi mempunyai masalah dengan syarat ‘Club Lisencing”, kata Jeerasak Jomthong, Pengarah Pemasaran Chonburi.

comments