Irfan Bachdim Dilanjutkan Kontrak Bersama Consadole Sapporo

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
pic_topics02

Pemain antarabangsa Indonesia, Irfan Bachdim, yang kini beraksi untuk pasukan J2 League, Consadole Sapporo, telah mengesahkan bahawa beliau akan kekal bersama pasukan yang berpangkalan di Hokkaido itu sehingga akhir musim 2016.

Consadole Sapporo telah memberitahu bahawa mereka mahu memberikan lebih ruang kepada Irfan untuk mempamerkan bakatnya pada musim hadapan selepas hanya mampu beraksi dalam 6 perlawanan liga sahaja musim ini dengan jumlah masa diatas padang selama 95 minit.

Irfan sebelum ini pernah beraksi untuk Venforet Kofu dalam saingan J1 League, namun tidak berjaya membuat sebarang penampilan liga bersama pasukan yang berpangkalan di Yamanashi itu.

 

comments