Kosuke Ota Sah Menyertai Vitesse Arnhem Musim 2016
|
Pemain pertahanan FC Tokyo, Kosuke Ota, disahkan akan menyertai kelab Eredivise Belanda, Vitesse Arnhem untuk musim 2016.
Menurut Kosuke Ota, ini merupakan peluang terakhir beliau untuk menimba pengalaman beraksi diluar negara kerana jika beliau menolak peluang ini, mungkin tiada lagi peluang sebegini akan datang disebabkan faktor usianya yang sudah mencecah 28 tahun.
Beliau memulakan karier profesional J League bersama Yokohama FC pada tahun 2006 selama 3 musim sebelum menyertai Shimizu S Pulse mulai tahun 2009 hingga 2011. Selepas itu Kosuke Ota beraksi untuk FC Tokyo dari 2012 hingga sekarang. Musim 2015, beliau telah beraksi dalam 30 perlawanan J1 League dan menjaringkan 3 gol.
Kosuke Ota merakan ucapan terima kasih kepada penyokong yang selama ini memberikan sokongan padu kepadanya untuk beraksi dengan baik sehingga memperolehi peluang beraksi bersama pasukan luar negara.
‘ Terima kasih atas sokongan yang telah diberikan selama 4 musim bersama Tokyo Family’, katanya semasa mengumumkan akan meninggalkan FC Tokyo ke Vitesse Arnhem.
Untuk info lanjut, sila like Facebook kami di Football Channel Malaysia
Next : Video: Top 10 Gol AFC Champions League 2015