Senarai Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015
|
Sebagaimana yang berlaku pada setiap hujung tahun, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diadakan bagi memilih pemain yang telah mempamerkan aksi yang terbaik sepanjang musim.
Bagi tahun 2015, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diadakan esok, Jumaat, 8.30 malam bertempat di Sunway Convention Center.
3 pemain dari setiap kategori telah dipilih untuk ‘berentap’ bagi menentukan siapa yang akan menerima anugerah bagi setiap kategori yang telah ditetapkan. Secara keseluruhanya 18 pemain (lelaki) dan 3 jurulatih telah disenarai pendek seperti berikut:
1) Penjaga Gol Terbaik
- Khairul Fahmi (Kelantan FA)
- Khairul Azhan (Pahang FA)
- Farizal Marlias (JDT)
2) Pertahanan Terbaik
- Shukor Adan ( Felda United FC)
- Razman Roslan (Pahang FA)
- Aidil Zafuan (JDT)
3) Pemain Tengah Terbaik
- Safiq Rahim (JDT)
- Baddrol Bakhtiar (Kedah FA)
- Hafiz Kamal (Pahang FA)
4) Penyerang Terbaik
- Safee Sali (JDT)
- Amri Yahyah (JDT)
- Ahmad Hazwan Bakri (Selangor FA)
5) Pemain Import Terbaik
- Dickson Nwakaeme (Pahang FA)
- Luciano Figueroa (JDT)
- Ali Ashfaq (PDRM)
6) Pemain Muda Terbaik
- Mattew Davies (Pahang FA)
- Nazmi Faiz (Selangor FA)
- Farhan Roslan (Kedah FA)
7) Jurulatih Terbaik
- Mario Gomez (JDT)
- Tan Cheng Hoe (Kedah FA)
- Zainal Abidin Hassan (Pahang FA)
Selain itu, anugerah kasut emas bagi Liga Super dan Liga Premier 2015 juga akan disampaikan kepada penjaring gol terbanyak MSL2015 dari pasukan PDRM, Dramane Traore dan penjaring gol terbanyak MPL2015, Forkey Doe dari pasukan NS Matrix.
6 lagi anugerah lain yang akan turut disampaikan adalah:
1) Anugerah Fair Play
2) Pasukan Bola Sepak Terbaik
3) Kelab Penyokong Terbaik
4) Pemain Bola Sepak Wanita Terbaik
5) Anugerah Khas
6) Anugerah Khas Wanita
Next : Mourinho Dipecat Kerana ‘Berbalah Pendapat’ Dengan Pemain Chelsea