Dominasi Pemain JDT Dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015
|
Kemuncak kepada bola sepak tempatan sudah menutup tirainya selepas berakhirnya Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015, yang berlangsung di Sunway Convention Center malam tadi.
Majlis gilang gemilang bagi penggiat bola sepak negara itu dianjurkan oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang diketuai oleh Kevin Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), telah berjaya merapatkan lagi hubungan diantara peminat dan pihak pengurusan FMLLP dalam menjayakan penswastaan liga bermula musim 2016.
Seperti yang dijangka, pemain-pemain dari selatan tanahair, pasukan JDT, telah mendominasi sebahagian besar anugerah yang dipertandingkan pada tahun ini. Pemain terbaik perlawanan akhir Piala AFC 2015, Safiq Rahim menggondol anugerah berganda apabila diumumkan sebagai pemain tengah terbaik dan pemain paling bernilai 2015. Selain itu 3 lagi pemain JDT turut memenangi anugerah mengikut kategori masing-masing seperti Farizal Marlias ( Penjaga Gol Terbaik), Aidil Zafuan ( Pemain Pertahanan Terbaik ) dan Amri Yahyah ( Penyerang Terbaik).
Senarai penuh pemenang Anugerah Bola Sepak 2015 adalah seperti berikut:
1) Pemain Paling Bernilai : Safiq Rahim (JDT)
2) Penjaga Gol Terbaik : Farizal Marlias (JDT )
3) Pemain Pertahanan Terbaik : Aidil Zafuan (JDT)
4) Pemain Tengah Terbaik : Safiq Rahim (JDT )
5) Penyerang Terbaik : Amri Yahyah (JDT)
6) Jurulatih Terbaik : Mario Gomez (JDT)
7) Pemain Import Terbaik : Luciano Figueroa (JDT)
8) Pasukan Bolasepak Terbaik : Kedah
9) Pemain Muda Terbaik : Matthew Davies (Pahang)
10) Kelab Penyokong Terbaik : Elephant Army (Pahang)
11) Anugerah Fairplay : LionsXII
12) Penjaring Terbanyak Liga Super : Dramane Traore (PDRM)
13) Penjaring Terbanyak Liga Perdana : Forkey Doe (NS Matrix)
14) Pemain Futsal Lelaki Terbaik : Azrul Hadee Taufiq (Felda United)
15) Pemain Futsal Wanita Terbaik : Siti Asnidah (Selangor)
16) Anugerah Khas 2015 : JDT
Proses pemilihan pemenang-pemenang Anugerah Bola Sepak 2015 ini adalah berdasarkan kepada kriteria berikut seperti yang telah ditetapkan oleh FMLLP:
Mekanisme Pengundian
1. Berikut ialah senarai anugerah yang akan diadili melalui proses undian:
a) Pemain Paling Bernilai
b) Penjaga Gol Terbaik
c) Pemain Pertahanan Terbaik
d) Pemain Tengah Terbaik
e) Penyerang Terbaik
f) Pemain Import Terbaik
g) Pemain Muda Harapan Terbaik
h) Jurulatih Terbaik
2. Kelayakan mengundi bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 terdiri daripada:
a) Ketua Jurulatih
b) Ketua Pasukan
c) 24 Wakil Media
3. Ketua Jurulatih dan Ketua Pasukan tidak dibenarkan untuk mengundi pemain daripada kelab/pasukan yang diwakili oleh mereka. Sebagai contoh: Ketua Jurulatih Felda United FC tidak boleh mengundi pemain daripada pasukan Felda United FC.
4. Ketua Jurulatih dan Ketua Pasukan wajib menyertai proses undian ini. Sekiranya Ketua Jurulatih atau Ketua Pasukan gagal menghantar/menyertai undian ini, pemain daripada pasukan terbabit tidak akan diambil kira pencalonannya di dalam anugerah ini. Ini bagi memastikan bahawa semua kelab/pasukan menyertai proses undian ini.
5. Setiap pemain yang terpilih akan diberi markah yang secara kumulatifnya akan menentukan anugerah utama iaitu Anugerah Pemain Paling Bernilai. Jika terdapat kiraan markah seri, “tie-breaker” akan diputuskan oleh Jurulatih Pasukan Kebangsaan semasa.
Kriteria Pemilihan Calon-Calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan
1. Pemain-pemain yang disenarai pendek mesti mempunyai sekurang-kurangnya 11 penampilan sama ada di dalam Liga Super atau Liga Premier musim 2015.
2. Pemain-pemain yang disenarai pendek untuk Anugerah Pemain Muda Harapan Terbaik mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 penampilan di dalam Liga Super atau Liga Premier musim 2015 dan berumur 21 tahun dan ke bawah pada tahun 2015.
3. Pemilihan calon-calon Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 mesti dipilih daripada senarai pendek yang disediakan.
Mekanisme Pemilihan
Anugerah | Dinilai Oleh: | |
1. | Penjaga Gol Terbaik | Setiap Ketua Jurulatih dan Ketua Pasukan dan Wakil Media perlu mengundi 3 pemain dari pasukan yang berbeza – Mekanisme:
Pemenang akan dipilih berdasarkan markah yang tertinggi. Jika terdapat markah yang sama, kedudukan pasukan pemain/jurulatih tersebut dalam Liga Super atau Liga Premier 2015 akan diambil kira sebagai “tie-breaker”. |
2. | Pemain Pertahanan Terbaik | |
3. | Pemain Tengah Terbaik | |
4. | Penyerang Terbaik | |
5. | Pemain Import Terbaik | |
6. | Pemain Muda Harapan Terbaik | |
7. | Jurulatih Terbaik | |
8. | Anugerah Fair Play | Panel FAM |
9. | Pasukan Bolasepak Terbaik | |
10. | Kelab Penyokong Terbaik | |
11. | Anugerah Kasut Emas (Liga Super) | Penjaring Gol Terbanyak Liga Super dan Liga Premier |
12. | Anugerah Kasut Emas (Liga Premier) | |
13. | Pemain Bolasepak Wanita Terbaik | Piala Tun Sharifah Rodziah (Panel FAM) |
14. | Pemain Futsal Wanita Terbaik | Liga Futsal Kebangsaan (Panel FAM) |
15. | Pemain Futsal Lelaki Terbaik | |
16. | Anugerah Khas (Johor Darul Ta’zim) | Johan Piala AFC 2015 dan Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2015 |
Next : VIDEO: Sanfrecce Hiroshima vs Guangzhou Evergrande – FIFA Club World Cup Japan 2015