Mourinho Dipecat Kerana ‘Berbalah Pendapat’ Dengan Pemain Chelsea

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
mou-angry

Jose Mourinho telah dipecat sebagai pengurus Chelsea pada malam semalam (waktu Malaysia) kerana ‘berbalah pendapat’ dengan pemain Chelsea, menurut pengarah teknikal kelab, Michael Emenalo.

Mourinho dipecat selepas perjumpaan 10 minit dengan pengerusi kelab, Bruce Buck dan pengarah, Eugene Tenenbaum.

Difahamkan perjumpaan itu berlangsung selepas Mourinho menghadiri jamuan tengah hari Krismas kelab yang turut dihadiri oleh staf dan pemain senior.

Selepas tewas 1-2 kepada Leicester City pada Isnin lepas – kekalahan ke-9 Chelsea dalam 16 perlawanan liga musim ini – Mourinho menuduh pemainnya ‘membelot’.



Sehari sebelum dipecat, Mourinho mengaku ada pemainnya yang mendedahkan rahsia pasukan selepas Porto dilaporkan tahu Cesc Fabregas tak bermain sebelum perlawanan Champions League kumpulan G.

Emenalo yang langsung tak menyebut nama Mourinho dalam temu ramah dengan media kelab berkata:

“Kontrak baru yang diterimanya membuktikan keputusan ini bukanlah sesuatu yang kita dah rancang awal-awal.”

“Ia adalah keputusan yang diambil untuk melindungi kepentingan kelab. Kita ada sentimen yang tinggi dengan individu tersebut (Mourinho), seseorang yang berjasa kepada kelab, tetapi keputusan di padang tak cukup bagus.”

“Pengurus dan pemain pula jelas berbalah pendapat dan ia adalah masa untuk kami bertindak. Pemilik kelab (Roman Abramovich) terpaksa membuat keputusan sukar demi kebaikan kelab.”

“Kami hanya satu mata di atas zon penyingkiran dan itu bukanlah sesuatu yang bagus. Mana-mana penyokong kelab boleh faham Chelsea sedang bermasalah dan sesuatu perlu dilakukan.”

Chelsea dijangka akan mengumumkan perlantikan pengurus sementara, Guus Hiddink, pada malam Jumaat (waktu Malaysia) selepas pernah melakukannya selama 3 bulan setengah pada akhir musim 2008/2009, dan menang FA Cup.



Beliau dijangka akan mengambil alih pasukan dalam perlawanan pertama menentang Sunderland.

Chelsea kemudiannya akan melantik pengurus tetap pada akhir musim untuk menggantikan Hiddink. Beberapa calon sudah dipertimbangkan Chelsea.

Antaranya adalah Diego Simeone, pengurus karismatik Atletico Madrid, yang mempunyai harga tebus kontrak sebanyak £15 juta.



Selain itu, Pep Guardiola yang dikhabarkan akan meninggalkan Bayern juga disebut-sebut akan mengambil alih Chelsea. Tetapi Manchester City kekal menjadi destinasi pilihan Guardiola memandangkan situasi di Chelsea yang sentiasa ‘panas’.

Abramovich kini sudah memecat 8 pengurus – bermula dengan pengurus Leicester City kini, Claudio Ranieri – sejak mengambil alih Chelsea pada 2003.

Staf dan pengikut setia Mourinho, Rui Faria dan Silvino Louro turut akan mengikut jejak Mourinho meninggalkan kelab.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments