Zahasmi Ismail Ketua Jurulatih Baru MOF FC Dalam Saingan Liga FAM 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
s

Bekas pengendali sementara Kelantan FA, Zahasmi Ismail, sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru MOF FC dalam saingan Liga FAM musim 2016, selepas majlis menandatangani kontrak secara rasmi hari ini.

Zahasmi Ismail mengambil alih tugas membimbing pasukan The Red Warriors selepas kerusi pengendali Kelantan FA ditinggalkan Azraai Khor pertengahan musim 2015.

image

Foto: Sinar Harian

Beliau telah berjaya membawa Kelantan FA untuk kembali memberikan saingan dalam Liga Super walaupun terpaksa menghadapi pelbagai halangan sehingga berjaya mengekalkan Kelantan FA dalam kancah Liga Super Malaysia 2016. Bagi penyokong Kelantan FA, mereka mengharapkan pengurusan TRW memberikan posisi Ketua Jurulatih kepada Zahasmi berdasarkan apa yang telah dilakukan, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Brazil-v-Germany-2014-FIFA-World-Cup-Wikipedia-the-free-encyclopedia1

Diantara pencapaian terbaik Zahasmi Ismail bersama Kelantan FA sebagai salah seorang dari barisan kejurulatihan adalah:

  • Juara Piala Malaysia 2012
  • Juara Piala FA 2012, 2013
  • Juara Liga Super 2012
  • Juara Piala Presiden 2011

MOF FC dilihat mahu menggunakan kepakaran Zahasmi Ismail untuk membawa pasukan itu ketahap lebih tinggi dalam saingan musim 2016 yang menjanjikan saingan hebat dari semua pasukan yang bertanding.

Selamat Maju Jaya Zahasmi Ismail!

comments