Manchester United Sedia Dana RM64 Juta Bawa Yoshinori Muto Ke Old Trafford

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
sp-muto-a-20150831

 

Manchester United diberitakan akan cuba mendapatkan penyerang muda Jepun yang baru menyertai saingan Bundesliga musim ini bersama Mainz, Yoshinori Muto, apabila pintu perpindahan pemain dibuka beberapa hari lagi.

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, musim ini telah menjual 3 penyerang musim lepas, Robin van Persie, Javier Hernandez dan Radamel Falcao serta menghantar penyerang muda James Wilson ke Brighton & Hove Albion secara pinjaman.

082915-Soccer-MAinz-Yoshinori-Muto-pi-ssm.vresize.1200.675.high.91

Dengan ketumpulan barisan serangan yang nyata memberikan impak buruk bagi skuad Red Devils, Muto dilihat sebagai pemain yang berupaya untuk mengisi kelompongan posisi itu. Dengan 7 gol telah dijaringkan oleh Muto dari 17 penampilan, jelas menunjukkan bekas penyerang utama FC Tokyo itu tiada masalah beraksi dalam saingan tertinggi eropah.

Bersama FC Tokyo, Yoshinori Muto telah menjaringkan 26 gol dari 59 penampilan tidak termasuk ‘assist’ yang telah dilakukan kepada rakan sepasukan. Beliau juga dikaitakan dengan perpindahan ke Chelsea sebelum musim 2015/2016 bermula, namun ia tidak menjadi kenyataan disebabkan Chelsea akanmenghantarnya terus ke kelab Eredivise, Vitesse Arnheim.

muto

Graduan ekonomi University Keio itu mempunyai kontrak bersama Mainz sehingga 2019, tetapi Mainz dijangka akan menjual Muto kepada United jika ada tawaran menarik dari United.

Beberapa orang pengesan bakat United dilihat telah hadir menyaksikan perlawanan di Bundesliga dan bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson dilihat menghamburkan pujian kepada pemain muda itu.

Kelajuan, kekuatan fizikal, ketajaman didepan gol serta kebolehan memegang bola dirumuskan sebagai aset terbesar Yoshinori Muto, dan dia juga bersedia untuk enguji dirinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

comments