Thai FA Cup Final 2015: Buriram United tewaskan Muangthong United 3-1

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Thai-FA-Cuơ (1)

Buriram United mencipta sejarah tersendiri semalam apabila berjaya menundukkan musuh utama mereka, SCG Muangthong United 3-1 dalam perlawanan akhir Thai FA Cup 2015, sekaligus trofi ke 5 Buriram United untuk musim 2015.

Gol-gol Buriram United djaringkan oleh Andres Tunez pada hujung babak pertama minit ke 45’+1′, Ko Seul-Ki pada minit ke 51′ dan Jakapphan Kaewprom pada minit ke 71′. Manakala bagi SCG Muangthing United, gol tunggal mereka dijaringkan oleh penyerang import mereka Mario Gjurovski pada minit ke 81′.

Kekecewaan juga jelas ditunjukkan oleh pemain SCG Muangthing United sehinggakan penjaring gol tunggal mereka Mario Gjurovski dibuang padang pada saat terakhir permainan selepas mengutip dua kad kuning.

Dengan kejayaan ini juga menjadikan Buriram United kelab pertama membolot 5 kejuaraan dalam satu musim.

comments