Pemain Muda Vietnam Luong Xuan Truong Sah Sertai Incheon United Dalam Saingan K-League 2016.
|
Incheon United secara rasminya menandatangani pemain tengah kelab liga Vietnam, HAGL, Luong Xuan Truong.
Majlis menandatangani kontrak itu telah berlangsung tengahari tadi di Ho Chi Minh dan dengan ini menjadikan 3 pemain muda Vietnam akan beraksi di liga tersohor Asia – K-League dan J-League.
Luong Xuan Truong bakal beraksi bersama Incheon United dalam saingan K-League Classic dengan kontrak pinjaman selama 2 tahun. Nilai sebenar pinjaman tidak dinyatakan namun dipercayai sekitar USD$300,000.
Dalam majlis tersebut juga, Xuan Truong dilihat memakai jersi Incheon United bernombor 7, tetapi belum disahkan secara rasmi. Perkara ini akan diumumkan sejurus tamat kejohanan Kejuaraan AFC U23 tamat.
Dengan ini juga, Xuan Truong merupakan pemain Vietnam pertama dan Asia Tenggara ke 4 beraksi dalam K-League selepas Piyapong Pue On, Diogo Santos Rangel dan Alvaro Silva.
Next : Hasil Jualan Jersi Buriram United Mencecah RM30 Juta Bagi Tahun 2015