Bekas Penyerang Kelab Serie A Takayuki Morimoto Sertai Kawasaki Frontale
|
Bekas penyerang dalam saingan Serie A, Takayuki Morimoto, sah menyertai pasukan Kawasaki Frontale dengan kontrak 2 tahun mulai 1 Febuari 2016. Bersama Kawasaki Frontale nanti, Morimoto akan bergandingan bersama penyerang prolifik Liga J, Yoshito Okubo, pemenang kasut emas J1 3 tahun berturut-turut.
Morimoto, 27 tahun, menjaringkan 5 gol dalam 27 penampilan bersama JEF United Chiba dalam saingan J2. Beliau akan kembali beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Jepun selepas meninggalkan J1 selama 11 musim pada tahun 2006, selepas Tokyo Verdy FC diturunkan ke saingan J2.
Pemain ini merupakan pemain dan penjaring termuda dalam sejarah J1 apabila membuat penampilan pertama pada 2004 ketika berumur 15 tahun 10 bulan 10 hari. Pada ketika itu beliau merupakan seorang murid sekolah menengah dan 2 bulan selepas itu menjaringkan gol pertamanya.
Menjaringkan 19 gol dari 109 perlawanan di Serie A bagi Catania dan Novarra dalam tempoh 6 setengah tahun serta beraksi secara pinjaman di liga UAE bersama Al-Nasr sebelum kembali ke Jepun menyertai JEF United Chiba pada 2013.
Bersama pasukan kebangsaan Jepun, Morimoto menjaringkan 3 gol dari 10 perlawanan dimana gol pertama beliau ketika Jepun menang 5-0 ketas Togo pada 2010.
Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia
Next : Pemain Kebangsaan Uzbekistan Vokhid Shodiev Sah Milik Perak ‘The Bos Gaurus’