Indra Putra Kembali Bersama The Red Warriors Musim 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
1918571_889290874523772_64628316963706079_n

Teka-teki pasukan baru bagi pemain tengah terkenal, Indra Putra Mahayuddin terjawab malam ini apabila Tan Sri Annuar Musa mengumumkan berita yang sememangnya dinantikan oleh seluruh penyokong The Red Warriors – Indra sah menyertai Kelantan FA dalam saingan Liga Super 2016.

Daripada pemerhatian kami dilaman sosial, sejurus pengumuman itu dibuat, penyokong Kelantan seolah-olah menerima ‘roh’ baru selepas pelbagai kontroversi yang melanda kem Kelantan FA sejak kebelakangan terutama isu pembayaran gaji pemain yang tertunggak dan isu perpindahan Syahrul Azwari ke Sarawak FA.

384222_984677144937944_629542137080407353_n

Apa yang pasti, penyokong Kelantan sangat teruja dan meraikan kembalinya pahlawan lagenda mereka dengan penuh emosi dan mampu sedikit sebanyak mengubati ‘kecelakaan’ yang berlaku dalam pasukan The red Warriors buat sementara waktu.

Ini juga merupakan kali ke 3 Indra Putra membuat ‘come-back’ bersama Kelantan bermula pada musim 2009 dari Selangor FA, 2012 dari T-Team dan 2016 dari Felda United. Sebelum ini juga Indra Putra dilaporkan mempunyai ‘masalah’ dengan ketua jurulatih Felda United, Irfan Bakti, dan beliau meninggalkan pasukan berpangkalan di Lembah Kelang itu selepas berjaya membantu Felda United ke saingan separuh akhir Piala Malaysia 2015.

Selain Indra Putra, pemain pertahanan kanan yang berkelana ke JDT, Daudsu Jamaluddin juga kembali ke Kelantan selepas bersama Juara Liga Super 2015 itu selama 2 musim.

Selamat kembali Indra Putra, harapan penyokong Kelantan terhadap anda cukup tinggi. Welcome back!

Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia

comments