Pemain Kebangsaan Uzbekistan Vokhid Shodiev Sah Milik Perak ‘The Bos Gaurus’

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Uzbekistan's Vokhid Shodiev celebrates his goal with teammate Bakhodir Nasimov (L) during their Asian Cup Group B soccer match against Saudi Arabia at the Rectangular stadium in Melbourne January 18, 2015. REUTERS/Brandon Malone (AUSTRALIA  - Tags: SOCCER SPORT)

Pemain dari Uzbekistan, Vokhid Shodiev 29 telah menandatangani kontrak untuk beraksi dengan pasukan Liga Super Perak pada tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menerusi satu kenyataan media, hari ini.

“Beliau telah tiba di Ipoh pada 27 Disember lalu dan telah menjalani ujian kesihatan dan kecergasan di bawah pengendalian doktor pakar perubatan dan telah disahkan lulus dalam kedua-dua ujian tersebut.

11165243_10153339947952607_6546434333626133511_n

“Pemain ini telah mula menjalani latihan dan percubaan bersama skuad The Bos Gaurus 2016 pada 29 Disember 2015 dan mula menunjukkan keserasian untuk bersama-sama mengadaptasi corak permainan yang bakal dipersembahkan oleh skuad ini untuk musim 2016 nanti,”katanya.

Abdul Puhat berkata, Vokhid telah menandatangani kontrak sebagai pemain import kedua Skuad The Bos Gaurus 2016 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan disaksikan oleh Presiden PAFA dan beberapa pegawai PAFA.

“Pihak pengurusan PAFA berkeyakinan penuh diatas keupayaan pemain ini dan berharap ianya sebagai suatu permulaan yang baik untuk kejayaan Skuad The Bos Gaurus di dalam Liga Super 2016,”ujarnya.

Vokhid yang bermain di posisi penyerang merupakan pemain bagi kelab FC Bunyodkor (Liga Utama Uzbekistan) dan merupakan pemain kebangsaan Pasukan Senior Uzbekistan.

Kredit : Perak The Bos Gaurus 

Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia

comments