Ganjaran Sebuah Mercedes SLK200 Atas Kesetiaan Kepada Muangthong United

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
575883_1541651239459838_2471109033632180553_n

Gergasi bola sepak Thai Premier League (TPL), Muangthong United, menghadiahkan sebuah kereta mewah, Mercedes SLK200 kepada pemain mudanya, Kasidech Wettayawong, diatas persetujuannya untuk menyambung kontrak jangka panjang  bersama skuad ‘Twin Quilin’ itu.

Pemain itu bersetuju memperbaharui kontrak bersama Muangthong United  selama 4 tahun dan sebagai ‘signing reward’ , sebuah kereta bernilai THB3.7 juta (USD$100,000) menjadi milik bekas pemain lepasan akademi pasukan itu.

maxresdefault

Kasidech Wettayawong, 21 tahun, bermain di posisi sayap telah berjaya diserap kedalam pasukan utama Muangthong United sejak tahun 2011 ketika baru berusia 17 tahun. Beliau merupakan salah seorang anggota skuad itu yangtelah berjaya menjuarai TPL pada musim 2012. Dengan persetujuan ini juga menjadikan Kasidech Wettayawong kekal menjadi milik Muangthong United sehingga tahun 2019.

Sehingga kini, beliau telah berjaya membuat 47 penampilan dan menjaringkan 6 gol untuk Muangthong United selain menjuarai kejohanan AFC U19 Championship bersama pasukan Thailand U19 pada tahun 2011.

comments