Germán Ezequiel Pacheco Sertai Pahang FC Dari Kelab Peru, Juan Aurich

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
PARTIDO POR EL TORNEO DESCENTRALIZADO 2013 ENTRE JUAN AURICH Y CIENCIANO EN EL ESTADIO FRANCISCO MENDOZA PIZARRO

Pasukan Liga Super Malaysia, Pahang FC sah menandatangani bekas pemain Atletico Madrid B, Germán Ezequiel Pacheco González atau lebih dikenali dengan nama Germán Pacheco dari kelab Peru, Juan Aurich FC.

Bagi menhadapi musim baru yang lebih mencabar, Pahang FC telah melepaskan 2 penyerang mereka termasuk ‘orang besi’, Dickson Nwakeame selepas tamat musim 2015 dan berjaya menemui pangganti segera di posisi tersebut.

Bekas pemain akademi Atletico Madrid ini gagal menembusi pasukan utama Atletico dan beraksi bersama Atletico Madrid B sebelum dipinjamkan kepada Rayo Vallecano pada 2009, Independiente 2010 dan Gimnasia La Plata 2011.

000239479W

Musim lalu, Pacheco beraksi dalam liga Peru bersama Juan Aurich dan membuat 22 penampilan dengan 6 jaringan gol.

Dengan Pacheco menyertai Pahang FC telah memiliki 4 pemain import selepas Zesh Rahman kekal di Kuantan, Nejc Potokar, Felipe Alves dan Germán Pacheco – pemain import baru.

Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia

comments