Johor Darul Ta’zim Lawan Chonburi Dalam Persediaan Kelayakan AFC Champions League 2016.

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
5990332_orig

Chonburi FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Juara AFC Cup 2015, Johor Darul Ta’zim pada 17 Januari 2016 sebagai persediaan untuk bertemu Yangon United dalam play-off kelayakan AFC Champions League 2016

“Pasukan kami dalam persediaan untuk bertemu Yangon United dalam kelayakan pusingan kedua AFC Champions League. Kami menjemput Johor Darul Ta’zim sebagai ‘sparring partner’, dimana mereka juga akan bersaing dalam kelayakan AFC Champions League bertemu Muangthong United.”

“Kami merasakan perlawanan ini nanti sebagai satu medan persediaan yang bagus sebelum bertemu Yangon United kerana Johor Darul Ta’zim merupakan juara AFC Cup 2015”, kata Pengarah Pemasaran Chonburi, Jeerasak Jomthong.

Chonburi-FC-set-2015

Perlawanan ini juga merupakan satu persediaan yang bagus bagi Johor Darul Ta’zim sebagai persediaan bertemu Maungthong United nanti dan kami melihat ianya adalah win-win situation. Johor Darul Ta;zim mendapat pendedahan bagaimana prestasi pasukan gergasi Thailand sebelum bertemu Muangthong United dan bagi Chonburi pula, mereka mahu mencari kelemahan mereka dengan juara AFC Cup 2015.

 

Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia

comments