5 Faktor Utama Mengapa Andik Vermansyah Kekal Setia Bersama Selangor

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
andik vermansyah

Selepas 2 tahun menyertai pasukan gergasi Lembah Kelang, Andik Vermansyah telah bersetuju menyambung kontraknya selama 2 tahun lagi bagi membolehkan Andik terus berbakti kepada Selangor FA sehingga musim 2017 berakhir.

Selepas membantu Selangor FA menjuarai Piala Malaysia buat kali ke 33, Andik juga sudah mula diangkat sebagai pemain pujaan dan merupakan diantara yang sentiasa beraksi secara konsisten dalam perlawanan.

Apabila ditanya mengenai kenapa beliau memilih untuk terus setia kepada Selangor FA walaupun menerima beberapa tawaran dari pasukan lain, Andik menceritakan terdapat beberapa faktor ‘penguat’ yang mempengaruhinya untuk terus bersama The Red Giants.

1) Suasana dan sambutan penyokong yang baik

andik1

Andik Vermansyah merupakan salah seorang pemain yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai 10 bintang bola sepak Asia Tenggara pada 2012 telah berjaya menambat hati penyokong pasukan Selangor FA sejak ketibaannya 2 musim lalu.

Ini disebabkan Andik sudah berjaya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran disamping sikap peramah dan ceria penyokong Selangor. Ia sangat membantu Andik dalam menjalani kehidupan hariannya di Malaysia.

“Meski sudah berhasil merebut hati warga Selangor, saya harus bekerja lebih keras lagi. Saya juga masih tetap Andik Vermansyah yang dahulu,” kata Andik merendah diri.

 

2) Ramai rakyat Indonesia di Selangor memberikan sokongan 

074959500_1449982060-6_Selangor_FA_3

Selain itu juga, ramai rakyat Indonesia yang bekerja di Selangor memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi juga merupakan faktor memudahkan Andik untuk ‘nyaman’ berada di Malaysia.

Andik memberitahu, jika ada masa terluang, beliau kerap diajak berkunjung ke runah warga Indonesia yang tinggal di Selangor. Perkara ini juga diakuinya dapat mengurangkan perasaan rindu untuk pulang ke kampung di Surabaya.

“Alhamdulillah, sudah dua tahun dan saya merasa nyaman. Di sini banyak orang Indonesia dan semua orang di sini juga ramah”.

 

3) Sokongan dan sambutan yang cukup baik dari rakan sepasukan dan jurulatih

RED-GIANTS

Berkelana di negeri orang sudah semestinya sedikit sebanyak akan mencabar jiwa kental seseorang pemain bola sepak, dan Andik tidak terlepas daripadanya.

Namun beliau berasa sangat bertuah kerana sambutan dan sokongan yang diberikan oleh rakan sepasukan dan jurulatih, Mehmet Durakovic banyak membuatkannya selesa untuk fokus kepada latihan serta perlawanan.

 

4) Gaji tidak pernah lambat

280248_andik-vermansyah-usai-menandatangani-kontrak-dengan-selangor_663_382

Faktor kewangan pasukan juga merupakan pendorong utama pemain untuk terus menabur bakti bersama sesuatu pasukan.

Bersama Selangor FA, Andik memberitahu soal bayaran gajinya tidak pernah lambat dibayar dan dengan lancarnya perkara ini menjadikan beliau mampu untuk terus beraksi secara optimal dipadang tanpa perlu memikirkan perkara-perkara lain. Situasi ini juga kotra jika dibandingkan semasa beliau beraksi dengan Persebaya 1927 dimana gaji pemain pernah menjadi isu kerana pihak pengurusan menghadapai masalah kewangan yang serius.

“Saya senang bermain di sini karena gaji lancar. Alhamdulillah tidak pernah telat”.

 

5) Dekat dengan Indonesia 

AirAsia Flight From Indonesia to Singapore Missing

Kedudukan geografi Indonesia dan Malaysia yang berjiran juga diantara alasan lain menjadikan Andik terus setia bersama Selangor FA.

Beliau mengakui dengan dekatnya lokasi kedua-dua negara membolehkannya lebih senang untuk pulang ke kampung bagi melawat keluarga tersayang terutama ibu bapa dan juga kekasih hatinya.

Andik kerap pulang ke Surabaya jika ada masa terluang yang agak panjang atau ketika musim berehat liga.

“Kalau libur empat atau lima hari saya sering manfaatkan untuk pulang ke Surabaya”.

 

Untuk berita lebih pantas sila LIKE Facebook Football Channel Malaysia

comments