Oktovianus Maniani Terpaksa Jadi Nelayan Selepas Liga Indonesia Diberhentikan
|
Agak menyedihkan apabila melihat nasib tak menentu yang dihadapi oleh pemain-pemain bola sepak di Indonesia selepas FIFA mengambil keputusan untuk menggantung Indonesia.
Ini berikutan keputusan badan kerajaan, Badan Olahraga Profesional Indonesia (BOPI) yang mengambil alih pentadbiran bola sepak Indonesia daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).
BOPI mengarahkan PSSI supaya tidak membenarkan Persebaya Surabaya dan Arema Cronus bermain dalam Indonesian Super League (ISL) kerana masalah pengesahan status kelab yang masih belum selesai. Tetapi PSSI enggan mematuhi arahan BOPI.
Ini menyebabkan kerajaan Indonesia membatalkan liga tempatan, sekaligus memberikan sebab kepada FIFA untuk menggantung Indonesia.
Akibatnya, pemain-pemain bola sepak di Indonesia terpaksa berhijrah ke liga bola sepak negara jiran untuk mencari rezeki. Antaranya ialah bekas pemain sayap timnas Indonesia, C.
Menjadi nelayan
Menurut Oktovianus Maniani atau mesra dipanggil Okto, perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya selepas mendengar liga akan diberhentikan adalah ‘pulang ke Papua dan menjadi nelayan’.
Ketika ditemu ramah di rumahnya, Okto turut mengaku beliau pening kepala memikirkan masa depan beliau dan keluarganya.
Sejak kontraknya tidak dilanjutkan oleh Pusamania Borneo FC, Okto menyara hidup dengan berlakon dalam sinteron yang berjudul ‘Madun’.
Dalam sinetron tersebut, Okto melakonkan watak jurulatih bola sepak yang digaji oleh seorang tokoh yang kaya untuk melatih pasukan anaknya.
Bakal dilamar PKNS FC?
Dengan sesi rakaman sinetron yang sudah tamat, Okto kini sedang melihat peluang bermain di Malaysia.
Ketika ini, beliau baru selesai menjalani sesi pemilihan dengan PKNS FC.
Menurut laporan media Indonesia, ketua jurulatih PKNS FC, E. Evalarasan, berminat untuk mengambil Okto sebagai pemain import ke-3 PKNS.

Sumber: Facebook PKNS FC
Tetapi beliau risaukan proses permohonan International Transfer Certificate (ITC) beliau akan mengambil masa yang terlalu lama kerana masalah penggantungan Indonesia dalam FIFA.
Sebelum itu, Okto dilihat berada dalam sesi latihan pasukan UiTM FC. Tetapi ketua jurulatih UiTM FC, Raja Isa menafikan Okto menyertai sesi pemilihan pasukannya.
Menurut Raja Isa, beliau hanya membantu rakannya, Okto mempersiapkan kecergasan fizikal sebagai persiapan menghadapi dalam sesi pemilihan dengan PKNS FC.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Evan Dimas Tolak Tawaran Bermain Di Espanyol Kerana Takut Malu