Keputusan Penuh Undian Superbest Power Piala FA 2016
|
Hari ini telah berlangsung majlis memperkenalkan penaja utama saingan Piala FA 2016 kepada pihak media di Grand Bluewave Hotel Shah Alam.
Superbest Power telah bersetuju untuk menjadi penaja utama Piala FA selama 3 musim sehingga 2018, dan kejohanan ini akan dikenali dengan nama Superbest Power Piala FA.
Bagi proses undian pasukan yang layak bertanding dalam saingan Superbest Power Piala FA 2016 ini, pasukan Liga Premier dan Liga Super serta 5 lagi pasukan dari saingan Liga FAM selepas melalui proses undian, mendapat bye pada pusingan pertama. 5 pasukan tersebut adalah Shahzan Muda FC, Airasia Allstar FC, KL MOF FC, PB Ipoh FC dan Sg Ara FC.
Manakala 3 pertembungan awal pusingan pertama ini menyaksikan Megah Murni FC bertemu MISC-MIFA, UKM FC menentang Hanelang FC dan Felcra United menerima kunjungan Penjara FC bagi menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan kedua nanti.
Dalam undian pusingan kedua yang terdiri dari pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier, 3 perlawanan diantara Perak bertemu Sarawak, PKNS FC – Terengganu dan Pahang – T-Team dijangka akan mencuri tumpuan peminat berbanding perlawanan yang lain. Namun, pertembungan Perak- Sarawak bakal menjadi topik hangat selepas beberapa aksi pertembungan sebelum ini ‘dicemari’ dengan insiden kekecohan.
Berikut merupakan keputusan penuh undian pusingan ke 2 Superbest Power Piala FA 2016:
Serentak dengan majlis penajaan dan undian itu juga, pihak FMLLP telah memperkenalkan logo baru bagi saingan Superbest Power Piala FA mulai musim 2016.
Next : Rumours: USD5 juta Diperlukan Untuk Bawa Teerasil Dangda Ke Kelantan