Rumours: USD5 juta Diperlukan Untuk Bawa Teerasil Dangda Ke Kelantan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
teerasil-dangda-muangthong-united-almeria_3087396

Selepas kenyataan dari Dr. Hamiza atau lebih dikenali sebagai Dr. Vida, mengenai keinginan beliau untuk membawa penyerang tersohor Thailand, Teerasil Dangda ke Kelantan, beberapa maklum balas telah diterima dari tabloid dan media dari negara Gajah Putih itu.

Paling menarik perhatian kami adalah apabila ada media/tabloid melaporkan Kelantan FA memerlukan dana sejumlah USD5 juta untuk mendapat khidmat bekas penyerang Manchester City di Liga Inggeris,  Grasshopper II di Liga Switzerland dan Almeria di Liga Sepanyol itu.

371309_heroa

Nilai tersebut adalah setara dengan penyerang Buriram United dari Brazil, Diogo Luis Sonto, yang juga MVP Thai Premier League 2015.

Namun begitu, hasil tinjauan kami di media sosial Thailand terutamanya Muangthong United, jelas menunjukkan penyokong mereka seperti tidak mahu pemain itu meninggalkan pasukan ‘Twin Quilin’ itu semata-mata untuk menyertai Kelantan FA kerana mereka melihat ianya sekadar memberikan pendapatan yang lebih baik (mungkin).

70af96acd70e2a3f3677ea4a4f6d2ba1

Mereka mahu Teerasil Dangda lebih fokus kepada pasukan untuk membantu pasukan itu layak ke saingan kumpulan AFC Champions League 2016.

Sebagai makluman juga, Muangthong United akan bertemu juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kelayakan play-off AFC Chmapions League 2016 pada 2 Febuari nanti di SCG Stadium.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments