Andik Vermansyah: Latihan Di Bawah Zainal Sangat Berbeza Berbanding Mehmet

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
(Sumber:  
Kamarul Akhir / www.asiana.my)

Baru seminggu menjalani latihan bersama Zainal Abidin Hassan, bintang import Selangor Andik Vermansyah sudah merasakan perbezaan ketara jika dibandingkan ketika Selangor dilatih oleh Mehmet Durakovic dulu.

Zainal yang mengambil alih tugas Mehmet Durakovic di Selangor bermula pada musim 2016 memberi impresi yang baik kepada Andik, yang baru menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun lagi bersama Selangor.

Latihan Zainal keras

Satu perubahan yang dikesan Andik adalah cara Zainal mengendalikan latihan pasukan.

“Jurulatih baru kami membuatkan suasana latihan lebih seronok. Walaupun kami serius ketika berlatih, kami tak berasa tertekan.”

“Beliau bijak mendekati pemain. Dia tegas dalam latihan tapi taklah garang,” menurut Andik selepas dihubungi oleh media Indonesia.

Andik turut mengaku latihan kendalian Zainal sedikit lebih keras berbanding ketika dikendalikan oleh Mehmet, tetapi berjalan lancar kerana pemain senang memahami arahan Zainal.

Zainal turut mengendalikan latihan dalam 2 bahasa, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, sekaligus membolehkan mesejnya mudah diterima semua pemain.

Zainal gemar berlawak

Menurut Andik, Zainal turut gemar menyelitkan jenaka di tengah-tengah latihan sehingga membuatkan pemain rapat dengan beliau.

“Beliau suka berjenaka. Selera humornya tinggi dan cerdas,” kata Andik kepada bola.com.

“Walaupun dia suka berjenaka, kami tetap hormatkannya sebagai seorang lagenda Selangor.”

Zainal pernah membawa Selangor menjuarai 3 gelaran liga, 4 gelaran Piala Malaysia dan 2 gelaran Piala FA sepanjang musim 1980-1982, 1985-1990, dan 1997-1999.

Beliau turut menjaringkan 125 gol daripada 215 penampilan keseluruhan bersama Selangor.

Ketika ini, Andik dan pemain Selangor yang lain sedang menjalani latihan kecergasan fizikal sebagai persiapan menjelang liga Super 2016 yang bakal bermula 30 hari lagi.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments