Dedi Kusnandar Bakal Sertai Pasukan Sabah FA Dari Persib Bandung

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
dedi-kusnandar-persib_2

Pemain tengah Persib Bandung, Dedi Kusnandar, menyatakan beliau sudah mendapat lampu hijau dari pengedali Sabah FA, Vjeran Simunic, bagi menyertai pasukan itu mulai Febuari 2016.

Dedi Kusnandar juga menyatakan beliau gembira kerana mendapat kepercayaan untuk beraksi bersama Sabah FA, namun sebagai menghormati kontraknya bersama Persib Bandung, beliau hanya akan hadir ke Sabah bulan hadapan. Selain itu, segala butiran kontrak bersama Sabah FA akan dibincangkan secara lebih terperinci pada hari Khamis nanti.

“Jujur berat, ini pilihan sulit. Tapi saya harus tetap bermain bola. Saya berharap ke depan sepakbola Indonesia dapat kembali normal dan kompetisi bergulir. Saya ingin kembali bermain bersama PERSIB suatu saat nanti,” ucapnya.

dedi-kusnandar-persib_2

Dedi juga menjelaskan keputusan untuk meninggalkan Persib Bandung adalah sangat berat baginya namun bagi meneruskan kerjayanya dalam bidang bola sepak beliau harus mara ke hadapan. Dalam keadaan Persib Bandung yang cukup ‘berat’ ditambah lagi dengan tiada perlawanan liga di Indonesia, beliau menyatakan ini adalah keputusan ‘pahit’ dalam sejarah bola sepaknya.

Pemain no #11 Persib bandung ini juga dengan jelas memberitahu beliau akan kembali ke Persib Bandung selepas semua isu di negaranya dalam bola sepak selesai.

 

comments