Pemain Bola Sepak Indonesia Beramai-ramai Masuk Universiti Selepas Liga Diberhentikan

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
(Sumber: Bola.com)

Selepas Indonesia digantung oleh FIFA dan liga Super Indonesia diarahkan berhenti oleh Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia (Kemenpora), nasib pemain-pemain bola sepak di Indonesia agak tak menentu.

Ketika ini, pemain-pemain bola sepak di Indonesia hanya banyak bermain di kejohanan-kejohanan tak rasmi yang dipanggil tarman untuk memperolehi pendapatan melalui tajaan.

Pemain-pemain yang popular seperti Evan Dimas boleh meraih sehingga Rp30-50 juta sebulan (sekitar RM9,500) dariapda hasil tajaan bermain dalam tarman. Kini Dimas sedang bersiap untuk terbang ke Espanyol B selepas tamat tarman di Acheh.

Bagi pemain-pemain yang bernaung di bawah syarikat pengurusan sukan yang berkaliber seperti Munial Sports Group (MSG), mereka akan dihantar menjalani trial di sekitar Malaysia, Singapura malah hingga ke Australia juga.

Tetapi bagi pemain-pemain yang sederhana, mereka tiada pilihan lain selain mula melakukan sesuatu untuk menjamin masa depan mereka di luar bidang bola sepak.

Bagi sebahagian pemain-pemain bola sepak Indonesia, khususnya 11 pemain PSIS Semarang, mereka melihat pendidikan sebagai alat untuk menjamin masa depan.

Di Universiti Semarang (USM), Randy Arjih Faiz Garinda, Anhar Latif Prayogo, Eli Nasoka, Franky Mahendra, Ahmad Agung, Dani Raharjanto, dan M. Tegar Pribadi baru saja mendaftar sebagai pelajar baru.

Sementara itu di Universiti Negeri Semarang (UNNES) pula, Fajar Setya Jaya, Elmirio Andrestani, dan Achmad Ardiansyah juga sudah bergelar pelajar baru.

Gelandang Yogi Ardianto pula sedang menyambung pengajiannya yang tertangguh di Fakulti Ekonomi, Universiti Tujuh Belas Augustus (UNTAG).

Pemain-pemain ini bercita-cita untuk memiliki segulung ijazah seperti yang dimiliki oleh beberapa pemain senior mereka. Antaranya adalah Vidi Hasiholan Simanjuntak (Fakulti Undang-Undang, Universiti Diponegoro), Ega Rizki dan Catur Adi Nugroho (Fakulti Sukan, UNNES).

psis

Untuk menyara belanja yuran dan harian sepanjang kuliah, mereka akan bermain di kejohanan-kejohanan bola sepak/futsal yang menawarkan tajaan dan hadiah wang tunai.

“Ketika tiada pertandingan, kami banyak menghabiskan masa di kampus saja. Sambil berkuliah, kami juga rajin menyertai kejohanan-kejohanan,” kata Eli Nasoka, mahasiswa semester 1 Fakulti Ekonomi USM ketika ditemu ramah oleh media Indonesia.

Walaupun ada antara mereka yang bergelar mahasiswa baru pada usia 27 tahun, mereka tetap bersemangat untuk mendapatkan ijazah. Apatah lagi dengan masa depan bola sepak Indonesia yang seakan-akan gelap sejak digantung oleh FIFA pada tahun lepas.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments