Kelantan Ikat Dramane Traore, Bakal Digandingkan Dengan Teerasil Dangda

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
dramane_traore_pdrm2_0

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Kelantan bakal menawarkan kontrak kepada penjaring terbanyak Liga Super 2015, Dramane Traore untuk mengisi slot penyerang dan pemain import ke-2 pasukan.

Bagaimanapun, penyerang Mali yang menjaringkan 20 gol untuk PDRM dalam Liga Super musim lepas perlu melepasi ujian perubatan dan kecergasan sebelum ditawarkan kontrak.

Pada musim lepas, Traore kerap diganggu masalah kecederaan sehingga menjejaskan prestasi PDRM yang bermula dengan sangat baik pada musim liga yang lepas.

Selain itu, Tan Sri Annuar Musa turut mengesahkan Kelantan sudah mengubungi ejen dan Muangthong FC tentang kemungkinan untuk membawa Teerasil Dangda ke Kelantan.

70af96acd70e2a3f3677ea4a4f6d2ba1

Ini mengesahkan laporan Football Channel Malaysia mengenai kemungkinan Dangda ke Kelantan.

Penyerang Thailand yang pernah berkelana ke England, Switzerland dan Sepanyol itu merupakan pemain penting untuk skuad kebangsaan Thailand dan Muangthong FC.

Pada musim lepas, beliau membantu Muangthong FC menjadi naib juara Toyota Thai Premier League, menjaringkan 11 gol dan menyumbang 13 assists.

Aset utama permainan Dangda adalah kebolehannya menggelecek meleoasi kawalan ketat pertahanan lawan dan membuat hantaran kepada pasangan penyerangnya.

Jika Dangda digandingkan dengan Traore, Kelantan akan mempunyai gandingan klasik creator-scorer sebagaimana yang Muangthong miliki pada musim lepas melalui gandingan Teerasil Dangda dan penyerang Brazil, Cleiton Silva.

Dangda dan Cleiton menjaringkan keseluruhan 36 gol daripada 34 perlawanan liga utama Thailand.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments