Messi Thailand, Chanathip Songkrasin Dilamar Kelab Liga J1, FC Tokyo
|
Digelar ‘Messi’ Thailand, pemain BEC Tero Sasana, Chanathip Songkrasin, sudah mula mendapat perhatian sebuah pasukan Liga J1, FC Tokyo, selepas dilaporkan oleh sebuah akhbar Jepun beberapa hari lalu.
Beliau yang kini sedang beraksi untuk pasukan Thailand U23 dalam kejohanan 2016 AFC U-23 Championship di Qatar, sudah pun beraksi bersama pasukan senior Thailand dengan 22 penampilan. Thailand berada dalam satu kumpulan dengan beberapa lagi pasukan ‘kuat’ Asia seperti Japan, Korea Utara dan Saudi Arabia dalam kumpulan B.
Ini adalah satu artikel akhbar Jepun berkenaan berita perpindahan ‘Messi J’ ke FC Tokyo, bekas kelab penyerang muda Jepun, Yoshinori Muto, yang kini beraksi bersama FSV Mainz 05 di Bundesliga.
Pemain yang merupakan hasil produk akademi BEC Tero Sasana ini juga pernah menjalani ‘trial’ bersama pasukan Shimizu S Pulse pada tahun 2013 ini mempunyai ketinggian 158 cm sahaja, namun kelincahan aksi serta kepantasan lariannya menyebabkan beliau berjaya menarik perhatian beberapa kelab luar negara, terutamanya Jepun.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Bagaimana Mito Hollyhock, Kelab Jepun Yang Lemah Meningkatkan Populariti & Pendapatan