Gagal Trial Di Thailand, Jermaine Pennant Kini Pemain Bergaji Paling Tinggi Di Singapura

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
pennant2

Bekas pemain sayap Arsenal dan Liverpool, Jermaine Pennant sah mengikat kontrak setahun dengan Tampines Rovers selepas berjaya memikat hati pihak pengurusan juara S-League lima kali itu semasa sesi trial.

Pemain sayap yang berusia 33 tahun itu bakal meraih gaji bulanan sekitar S$45,000 (RM138,000), dan boleh meningkat sehingga S$60,000 (RM184,000) sebulan bergantung kepada jumlah penampilan, kualiti persembahan individu dan pasukan sepanjang musim.

Ini menjadikan Pennant sebagai pemain paling bernilai dan bergaji paling tinggi di Singapura, 10 hari selepas jurulatih kelab Thailand, Muangthong United memberitahu Pennant ‘tidak cukup bagus’ untuk liga Thailand.

Sebelum menjalani trial di Singapura, Pennant berada di Thailand untuk menjalani trial bersama Muangthong United.

Penaja kelab bayar gaji Pennant

Kami difahamkan Pennant terpaksa merendahkan permintaan gajinya sebanyak 70% sebelum dapat mencapai persetujuan kontrak dengan Tampines Rovers.

Gaji Pennant di kelab England, Wigan Athletics dilaporkan mencapai angka S$208,000 (RM636,000) sebulan, angka yang mustahil untuk dibayar oleh Tampines Rovers.

Pengerusi Tampines Rovers, Krishna Ramachandra mengumumkan penaja kelab mereka – Komoco Motors dan Hyundai – akan membantu kelab tersebut untuk membayar gaji Pennant.

Menurut laporan media Singapura, Channel News Asia, Pennant juga mahu bermain di Singapura kerana terpikat dengan budaya, kebersihan dan sistem pendidikan Singapura, sehingga mahu membawa keluarganya menetap di Singapura.

“Pennant mampu menaikkan bola sepak Singapura”

(Sumber: Supersports 360)

(Sumber: Supersports 360)

Sementara itu ketua jurulatih Tampines Rovers, V. Sundramoorthy yakin pemain berkaliber seperti Pennant mampu memberi impak positif kepada bola sepak Singapura.

“Dia mampu membantu meningkatkan tahap bola sepak kita, dengan skill dan tekniknya. Dia boleh membuat hantaran kepada pemain muda kita.”

“Dari segi profesionalisme, dia sentiasa menepati masa, sentiasa bekerja keras dalam latihan. Inilah perkara yang kita mahu pemain muda kita belajar daripadanya.”

Menurut Channel News Asia lagi, Pennant menolak tawaran daripada kelab-kelab Korea Selatan, Australia dan Malaysia untuk bermain di Singapura.

comments