Pahang FC Bakal Menentang Bangkok United FC Dalam Perlawanan Pra Musim
|
Selepas pasukan PDRM FA bertemu Osotspa M 150 SamutPrakan FC dan Johor Darul Ta’zim menentang Chonburi serta Big Bang Chula United FC (20 Januari 2016), kini giliran Pahang FC pula yang akan turut serta mengadakan perlawanan persahabatan pra musim di Thailand.
Pahang FC akan bertemu pasukan Bangkok United FC pada 1 Febuari 2016, bertempat di Thammasat Stadium, Ransit, Phatumthani. Pasukan Bangkok United FC ini telah menamatkan musim 2015 dalam saingan Thai Premier League (TPL) di kedudukan ke 5, dibelakang Buriram United (1), Muangthong United (2), Suphanburi FC (3) dan Chonburi FC (4). Mereka berkongsi mata yang sama dengan pasukan Chonburi FC, 57 mata, dan hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan sahaja.
Pahang FC yang membariskan skuad ‘baru’ selepas penghijrahan pemain-pemain musim lepas ke pasukan baru dilihat akan cuba untuk meningkatkan keserasian dan persefahaman pemain sebelum saingan Liga Super 2016 bermula.
Siapa pasukan Bangkok United FC ini sebenarnya?
Kelab ini ditubuhkan pada 1988 dengan nama Bangkok University FC sebagai sebuah pasukan untuk penuntut Bangkok University aktif dalam bola sepak. Dari hanya sebagai sebuah kelab biasa, Bangkok University FC ini telah berjaya menjuarai hampir semua kejuaraan dalam peringkat ‘province Phathum Thani’ dan juga peringkat Universiti di Thailand sehingga berada dalam saingan tertinggi liga bola sepak Thailand, Thai Premier League (TPL) sekarang.
Video Perlawanan Kawasaki Frontale vs Bangkok University pada 2007, AFC Champions League.
‘Bangkok Angels’ ini pernah menjuarai Thai Division 1 League (D1) pada 2003 dan Thai Premier League (TPL) pada 2006, yang melayakkan mereka beraksi dalam saingan AFC Champions League 2007 namun tidak berjaya layak ke peringkat seterusnya.
Pada tahun tersebut, pasukan Buriram United ( yang dulu dikenali dengan nama PEA) berada ditangga ke 10 Thai Premier League.
2009 Era baru bermula – Bangkok United
Pada tahun 2009, pasukan Bangkok University FC ini telah bergabung dengan Bangkok Metropolitan Administration (BMA) dan membentuk pasukan baru yang diberi nama Bangkok United FC sehingga sekarang. Ini kerana mereka mengikuti arahan daripada Football Association of Thailand (FAT), yang mana setiap pasukan perlu dimiliki oleh sebuah entiti dan syarikat, untuk melayakkan mereka beraksi dalam liga.
Bangkok United juga disokong kuat oleh sebuah rangkaian media Thailand, True Corporation sejak tahun 2010 untuk membantu pasukan dalam saingan Thai Premier League.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Safiq Rahim: Semua Pemain Asia Tenggara Mahu Bermain Di Thai Premier League (TPL)