Safiq Rahim: Semua Pemain Asia Tenggara Mahu Bermain Di Thai Premier League (TPL)

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2016-01-19_18-27-19

Kapten pasukan kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim dalam satu temubual ringkas mengatakan semua pemian bola sepak di Asia Tenggara menyimpan cita-cita mahu beraksi dalam liga bola sepak no. 1 ASEAN, Thai Premier League (TPL).

Safiq juga menyatakan bahawa beliau menghormati liga Thailand yang tinggi kualitinya dan ia merupakan satu destinasi terbaik buat pemain Asia Tenggara termasuk dirinya sendiri.

IMG_8837

Kredit: Asiana.my

Safiq bersama pasukan Johor Darul Ta’zim berada di Thailand dalam persiapan menghadapai kelayakan play-off AFC -Champions League dan mereka telah bertemu Chonburi FC serta bakal menentang pasukan Big Bang Chula United dalam perlawanan ke 2  esok.

“Pasukan kebangsaan Thailand beraksi dengan cukup baik dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan pasukan kelab mereka juga mempamerkan peningkatan ketara.”, kata penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2014 ini.

” Saya juga mengetahui ada beberapa pemain dari Singapura dan Indonesia yang beraksi dalam thai Premier League (TPL). Setiap pemain di rantau ASEAN mahu bermain disini. Ini liga bola sepak terbaik di Asia Tenggara dan jika saya mempunyai peluang, saya juga mahu beraksi disini. Namun sekarang tunpuan saya adalah kepada pasukan JDT.”,  kata pemain kelahiran negeri Selangor ini.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments