Profil 3 Pemain Import Baru Pasukan Kelantan Untuk Saingan Liga Super 2016

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
CSFxzy6XIAA7V3k

Semalam pasukan Kelantan telah mengumumkan 3 pemain import baru yang telah ditawarkan kontrak . Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, ketiga-tiga mereka ini dipilih selepas mendapat persetujuan dari ketua jurulatih Kelantan, K Devan, yang dilihat cukup teliti memilih pemain import yang bakal disandarkan harapan.

Rata-rata di media sosial, penyokong Kelantan dilihat sedikit kecewa selepas 3 pemain ini dipilih tanpa melalui sesi ujian. Mereka cukup bimbang dengan keadaan prestasi semasa pemain-pemain ini, tambahan pula isu ‘lutut tidak normal’ Dramane Traore yang masih misteri, sehinggakan pasukan Terengganu melupakan hasrat menandatangani pemain ini.

Walau bagaimanapun, menurut Presiden KAFA itu lagi, beliau mahu penyokong tahu bagaimana proses untuk memilih pemain-pemain yang dikategorikan sebagai ‘free-agent’ atau pun tidak dalam status terbaru facebook beliau. Selain itu, ketiga-tiga mereka ini juga hanya akan disahkan secara rasmi apabila lulus ujian perubatan yang akan dijalankan oleh pihak pengurusan.

Siapa pemain-pemain import terbaru Kelantan?

1) Dramane Traore

image

Bekas penyerang pasukan PDRM FA ini sememangnya mempunyai kaki yang boleh dianggap ‘membunuh’.

20 gol dijaringkan dalam saingan Liga Super 2015 membolehkan beliau dinobatkan sebagai pemenang kasut emas Liga Super 2015, namun tidak berjaya membantu pasukannya untuk berada dikedudukan yang lebih baik. PDRM FA menamatkan saingan Liga Super 2015 di kedudukan ke 6.

Pemain yang mempunyai ketinggian hampir 2 meter ini walau bagaimanapun telah menarik minat pasukan Terengganu, namun disebabkan ada isu berkaitan lututnya, Terenganu tidak mahu mengambil risiko kecederaan.

 

2) Jonatan Lucca

2016-01-22_0-37-18

Pemain kelahiran Brazil ini merupakan produk akademi remaja Internacional, Brazil. Pada tahun 2012, AS Roma yang ketika itu dibawah kendalian Zdenek Zeman telah membawa pemain ini menyertai skuad remaja mereka di Italy.

Lucca tidak pemain beraksi dalam saingan Serie A, dan hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan sebanyak 13 kali sepanjang musim 2012-2013.

gallery-image-603821954

Musim 2014 pula, pihak AS Roma telah membuat keputusan untuk meminjamkan Lucca ke sebuah kelab Brazil, Atletico Paranaense, bagi tempoh 1 musim. Beliau beraksi dalam saingan tertinggi ‘Liga Negeri Parana’, Campeonato Paranaense, dan membuat 4 penampilan.

Pada tahun 2015 pula, Lucca sah menjadi pemain Atletico Paranaense, selepas kelab itu menandatangani beliau dengan kontrak ‘permanent’ pada Julai 2015. Lucca terus beraksi dalam saingan Campeonato Paranaense dengan 5 penampilan pada 2015.

CYBr8LSUoAArp8K

Jonatan Lucca juga merupakan salah seorang dari 13 pemain Atletico Paranaense yang dipinjamkan kepada kelab  Guaratinguetá dalam saingan  Campeonato Brasileiro Série C, liga divisyen 3 Brazil. Disini Lucca telah membuat penampilan pertamanya sebagai ‘senior profesional debut’, namun secara keseluruhannya, hanya 3 penampilan sepanjang bersama Guaratingueta.

Selepas itu, Lucca dipinjamkan ke FC Goa dalam saingan Hero-Indian Super League dibawah kendalian lagenda Brazil, Zico. Beliau menjaringkan 3 gol dalam 16 penampilan serta 3 assist bersama FC Goa.

BACA JUGA: RUMOURS: USD5 JUTA DIPERLUKAN UNTUK BAWA TEERASIL DANGDA KE KELANTAN

 

20140327023401_0

Johnathan beraksi bersama pasukan Daegu FC yang berpangkalan di Daegu, Korea Selatan selama 2 musim mulai 2014. Daegu FC bersaingan dalam K League Challenge League iaitu Liga Divisyen 2 Korea Selatan dan dikendalikan oleh Lee Yong Jin sebagai ketua jurulatih.

Dalam musim 2014, Johnathan telah turun beraksi dalam 29 perlawanan iaitu 1,907 minit masa bermain, dan menjaringkan 14 gol sepanjang musim 2014. Rekod bagi 2014 juga menunjukkan bahawa beliau telah disenaraikan dalam kesebelasan utama sebanyak 19 kali, masuk sebagai pemain gantian 10 kali dan memanaskan bangku simpanan sebanyak 10 kali.

Video Gol Jaringan Johnathan.

Manakala bagi musim 2015 pula, Johnathan beraksi dalam kesemua 39 perlawanan dimana 38 kali tersenarai dalam kesebelasan utama dan hanya sekali masuk sebagai pemain gantian. Secara keseluruhannya bagi musim 2015, beliau telah beraksi selama 3,459 minit dan menjaringkan 26 gol bagi Daegu FC, seterusnya membantu pasukannya menamatkan saingan K League Challenge dikedudukan ke 2 dibelakang Sangju Sangmu FC.

Namun semuanya masih bergantung kepada penerimaan pemain-pemain diatas samada mahu menerima tawaran yang diberikan oleh KAFA atau tidak.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments