10 Pemain Yang Menolak Tawaran Untuk Beraksi Dalam Liga Perdana Inggeris
|
Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu liga bola sepak tersohor didunia dan telah menarik minat ramai pemain-pemain utama dunia untuk mempamerkan aksi memukau mereka disana.
Walaupun begitu, ada juga pemain-pemain yang ‘tidak gemar’ untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris atas pelbagai faktor yang tidak dapat dikompromi oleh mereka.
Football Channel Malaysia menyenaraikan 10 pemain utama dunia yang pernah menolak tawaran untuk beraksi dalam saingan di Liga Perdana Inggeris.
1) Luis Figo
Pemain Portugal ini melonjakkan kariernya ketika bersama FC Barcelona dan seterusnya di Real Madrid. Namu, ketika dipenhujung kariernya, beliau lebih memilih untuk beraksi untuk Inter Milan dari berkelana ke kelab Liga Perdana Inggeris.
2) Roberto Baggio
Pemain lagenda Itali berasal dari Coldogno ini tamat kontrak bersama Inter Milan pada musim 1999/2000. Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, cuba mendapatkan beliau namun tidak berjaya. Baggio akhirnya memilih untuk bersama sebuah lagi kelab Itali, Brescia selama 4 musim sebelum bersara dari dunia bola sepak profesional.
3) Ronaldinho
Terkenal dengan murah senyumannya, nama Ronaldinho mula memuncak ketika beraksi bersama Paris Saint Germain. Sekali lagi, Manchester United cuba untuk membawa pemain ini ke Old Trafford tetapi tidak berjaya apabila Ronaldinho memilih untuk beraksi bersama gergasi La Liga, FC Barcelona.
4) Zlatan Ibrahimovic
Memulakan karier profesional di Malmo FF, Ibrahimovic sudah beraksi hampir disemua liga bola sepak utama Eropah. Ini termasuklah Ajax Amsterdam ( Belanda), Juventus, AC Milan dan Inter Milan ( Italy ), Barcelona ( Sepanyol ), dan Paris Saint Germain ( Perancis ). Apakah kita akan dapat menyaksikan Zlatan Ibrahimovic beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sebelum beliau menamatkan karier profesionalnya?
5) Thomas Muller
Manchester United telah menyiapkan dana besar untuk dibayar kepada Bayern Munich bagi membawa pemain ini ke Manchester. Thomas Muller menolak tawaran tersebut dan sebagai reaksi balas, beliau menyambung kontrak jangka panjang bersama Bayern Munich selepas itu.
6) Arturo Vidal
‘King Artur’ pernah diperhatikan secara dekat oleh Arsenal dan Manchester United pada jendela perpindahan musim panas lalu, namun beliau memilih untuk menyertai Bayern Munich dari Juventus.
7) Jackson Martinez
Pemenang kasut emas Liga Primeira Portugal selama 3 musim berturut-turut ini pernah mendapat perhatian serius Arsenal untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan The Gunners. ‘Cha cha cha’ menjaringkan 90 gol dalam saingan liga selama 3 musim bersama FC Porto. Akhirnya, beliau memilih untuk beraksi bersama kelab dari Sepanyol, Atletico Madrid.
8) Sami Khedira
Pemain tengah pasukan kebangsaan Jerman ini dikaitkan dengan perpindahan ke 3 kelab gergasi liga Inggeris, Chelsea, Arsenal dan Manchester United selepas Real Madrid mahu melepaskan beliau ketika jendela perpindahan. Kesudahannya, Sami Khedira mengikat kontrak 4 tahun bersama Juventus sehingga musim 2019.
9) Geoffrey Kondogbia
Penampilan hebat beliau selama 2 musim bersama AS Monaco telah menarik minat Manchester City untuk membawanya ke Eastland. tetapi pemian diposisi ‘Defensive Midfielder’ ini telah memilih untuk berpindah ke San Siro bersama Inter Milan.
10) Carlos Bacca
Aksi memukau penyerang berasal dari Colombia ini telah mencuri perhatian 2 kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Arsenal. 34 gol dari 72 penampilan bersama Sevilla telah membawa pemain ini ke AC Milan dan musim ini telah menjaringkan 10 gol bersama skuad Rossoneri itu.
Disclaimer: Mungkin ada lagi pemain yang pernah menolak tawaran beraksi di Liga Perdana Inggeris yang tidak kami senaraikan dan ini merupakan pilihan dari semua pemain yang pernah membuat keputusan tersebut.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Chanathip Songkrasin Antara 3 Pemain Kebangsaan Thailand Perkuat Lawan JDT, Muangthong United