Chanathip Songkrasin Antara 3 Pemain Kebangsaan Thailand Perkuat Lawan JDT, Muangthong United

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12622344_1548628288762133_5745896510333694503_o

Jika JDT memilih untuk mengekalkan sebahagian besar teras pasukan dan hanya membuat sedikit penambahan pemain, lawan mereka dalam pusingan ke-2 playoff AFC Champions League, Muangthong United memilih untuk melakukan beberapa perubahan drastik.

Kurang 7 hari sebelum perlawanan pusingan ke-2 playoff AFC Champions League menentang JDT, kali ini Muangthong mengumumkan kedatangan 3 pemain muda skuad kebangsaan Thailand atas kontrak pinjaman 1 tahun dari BEC Tero Sasana.

Mereka adalah bintang pemain tengah Piala AFF Suzuki 2014, Chanathip Songkrasin, Peerapat Notchaiya (bek kiri) dan Tanaboon Kesarat (defensive midfielder). Ketiga-tiga mereka baru berumur 22 tahun.

Paling drastik adalah keputusan Muangthong United untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih mereka, Dragan Talajic untuk digantikan dengan bekas pemain kebangsaan Thailand, Totchtawan (Tawan) Sripan (gambar bawah).

12400508_1547211418903820_4997069263467101095_n

Baru-baru ini mereka mengumumkan kedatangan pertahanan tengah baru dari Brazil, Fabricio untuk menggantikan pemain Korea Selatan, Kim Dong-Jin.

944037_1547484608876501_7693602756244276999_n

Dengan BEC Tero Sasana yang sedang melalui proses pemindahan milik, Muangthong mengambil kesempatan untuk memperkuatkan pasukan mereka dengan kehadiran 3 pemain muda tersebut.

Ini sebagai persiapan menghadapi liga domestik dan perlawanan menentang JDT nanti.

Disebalik minat yang ditunjukkan oleh FC Tokyo dan banyak kelab luar Thailand, Chanathip memilih untuk kekal di Thailand untuk menyertai Muangthong United.

Chanatip yang juga merupakan kapten skuad bawah-23 Thailand yang terkandas dalam peringkat kumpulan, merupakan produk akademi BEC Tero Sasana. Begitu juga dengan Peerapat dan Tanaboon.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments