Mega Kurnia Tinggalkan Arema Cronus Dan Mencuba Nasib Bersama Gamba Osaka

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
199

Bekas penjaga gawang Indonesia dan Arema Cronus, Kurnia Meiga, sah meninggalkan kelab berpangkalan di Malang, Jawa Timur, menurut General Manager Arema, Rudy Widodo.

Kurnia Meiga yang sudah 8 musim beraksi untuk Arema ditanya mengenai keputusan itu menjawab bahawa beliau mencari satu pasukan yang beraksi dalam saingan liga. Di Indonesia tiada sebarang perlawanan liga rasmi berlangsung dan ini merupakan sebab utama Kurnia Meiga membuat keputusan untuk meninggalkan kelab yang dikenali juga dengan gelaran Singo Edan.

Turut menjadi tumpuan adalah berita mengenai Kurnia Meiga yang akan tampil menjalani ujian percubaan bersama gergasi J League, Gamba Osaka.

Menurut sumber kami dari Indonesia, Kurnia Meiga akan berangkat ke Jepun seawal hujung Januari atau pertengahan Febuari bagi menyertai ujian percubaan bersama Gamba Osaka selama 3 minggu. Jika berjaya mempamerkan aksi terbaik disana, besar kemungkinan Kurnia Meiga akan mengikat kontrak bersama skuad Gamba Osaka bagi musim 2016 ini.

 

comments