5 Pemain Import Asia Paling Berpengaruh Di Liga Indonesia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
2016-01-30_3-03-50

Kehadiran ramai ramai pemain import dari benua Asia dalam liga bola sepak Indonesia telah menambahkan lagi kehangatan industri bola sepak dan memberikan ‘warna’ tersendiri kepada peminat bola sepak Indonesia.

Football Channel Malaysia membawakan kepada anda semua, 5 pemain Asia paling berpengaruh dalam kancah bola sepak Indonesia sejak dari era Galatama, Liga Indonesia sehinggalah Indonesia Super League.

1) Fandi Ahmad

vyqgxq8y

Pemain yang dikesan bakatnya oleh Sebastian Yap, jurulatih pasukan Singapura ketika beraksi dengan sebuah kelab bola sepak amatur, Kaki Bukit FC ini, mempamerkan kehebatannya di Indonesia apabila bermain untuk Niac Mitra pada musim 1982-1983.

Ketika itu, Fandi Ahmad menerima gaji sebanyak USD$75,000 setahun. Niac Mitra pada waktu itu dikendalikan oleh jurulatih M.Basri, dan fandi menyertai rakan senegaranya, penjaga gol Niac Mitra, David Lee.

Fandi hanya beraksi selama semusim bersama Niac Mitra kerana pada 1983, PSSI memutuskan untuk tidak membenarkan pemain import beraksi dalam Galatama.

Selepas itu, beliau telah beraksi dengan beberapa bvuah kelab eropah dan asia yang lain sebelum kembali ke Indonesia pada 2009-2010, sebagai jurulatih kepada pasukan Pelita Jaya.

 

2) Noh Alam Shah

Noh-Alam-Shah

Pemain yang cukup terkenal dengan sikap panas baran ini mula menjenguk liga bola sepak Indonesia pada musim 2009-2010 bersama Arema Malang. Kecemerlangan aksi beliau bersama Singo Edan itu membolehkan Noh Alam Shah diangkat sebagai pemain kedua Singapura paling sukses selepas Fandi Ahmad.

Lebih mesra dengan panggilan Along, beliau terpaksa ‘angkat kaki’ dari Arema dalam keadaan yang terpaksa apabila isu tunggakan gaji selama lebih 2 bulan tidak dibayar kepada pemain-pemain.

Selepas itu, Noh Alam Shah masih cuba untuk beraksi dalam kanah bola sepak Indonesia dan akhirnya berjaya menyertai PSS Slemen pada 2011. Namun, beliau terpaksa juga meninggalkan PSS Slemen apabila kerap dilanda kecederaan yang menggangu prestasinya.

Akibat sikap barannya juuga, Noh Alam Shah pernah digantung bermain selama 1 tahun oleh FAS kerana menendang kepada pemain senegaranya, Daniel Bennett sehingga terpaksa dibawa ke hospital.

 

3) Kosin Hathairattanakool

Kosin_Helmi

Penjaga gawang Persib Bandung ini datang ke Indonesia dengan reputasi sebagai bekas GK skuad U23 Thailand pada tahun 2005. Pada ketika itu Kosin beraksi bersama kelab Osotspa FC, sebelum memutuskan untuk mencari cabaran baru dalam liga Indonesia.

Semusim beraksi bersama Persib, Kosin yang dibawak ke Indonesia oleh pemilik Saint Prima, Hasan Saputra kembali ke Thailand menyertai Chonburi selama 2 musim. Selepas itu, Kosin sekali lagi membuat keputusan untuk kembali ke Indonesia juga bersama Persib.

Namun kali ini, reputasi emas beliau di Persin dibayangi hebat oleh seorang lagi pemain Thailand di Persib, Suchao Nuchum yang berjaya menjadikannya sebagai idola baru kepada ‘bobotoh’ Maung Bandung.

 

4) Safee Sali

Pemusnah impian Indonesia pada Kejohanan AFF Suzuki 2010 ini pantas ‘dibonyong’ oleh Pelita Jaya Karawang selama 2 musim pada 2011-2012.

20 gol dijaringkan oleh Safee pada musim pertamanya, dan membawa Pelita Jaya menamatkan cabaran ISL dikedudukan ke 6. Safee Sali menjadi sebutan penyokong bola sepak di Indonesia bukan sekadar aksinya yang memukau dengan jaringan gol, tetapi juga kerana nilai kontraknya. Ketika Pelita Jaya menyambung kontrak baru, nilainya dianggarkan sekitar 5.9 bilion Rupiah atau bersamaan 267 juta Rupiah sebulan.

Beraksi dalam 72 perlawanan dan menjaringkan 56 gol, Safee Sali akhirnya kembali ke Malaysia menyertai Johor Darul Ta’zim kerana keadaan di Indonesia yang tidak menentu serta alasan keselamatan pada 2012.

5) Yoo Jae-hoon

yoo-jae-hoon

Beliau diangkat sebagai pemain Korea Selatan yang paling berjaya dalam liga bola sepak Indonesia selepas berjaya menjuarai beberapa piala ketika beraksi bersama Persipura Jayapura. Aksi Jae Hoon telah membantu pasukan Mutiara Hitam itu memenangi 2 gelaran ISL (2011,2013), juara kejohanan pramusim dan Inter Island Cup 2011.

Kehadiran Jae Hoon di Persipura Jayapura telah berjaya membuktikan kepercayaan jurulatih baru Persipura yang ketika itu baru sahaja kehilangan penjaga gawang utama mereka Jendri Pitoy.

4 musim bersama Persipura, Jae Hoon akhirnya dilepaskan ke Bali United selepas peraturan liga mengurangkan bilangan pemain import dalam satu pasukan pada tahun 2014. Bersama Bali United, Jae Hoon hanya beraksi dalam 2 perlawanan rasmi sebelum liga diberhentikan selepas Kemenpora menggantung PSSI. Jae Hoon akhirnya kembali ke Korea Selatan.

comments