5 Pertembungan Terakhir Kelab Bola Sepak Thailand Dan Malaysia Diperingkat Asia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
12647096_573966349433335_2074256521388545676_n

Thailand tidak dinafikan sebagai pasukan bola sepak paling dominan di peringkat Asia Tenggara. Mereka berjaya melahirkan banyak bakat-bakat baru hasil daripada produk akademi kelab-kelab bola sepak liga Thailand.

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk cuba menyaingi Thailand, namun prestasi ‘yo-yo’ pasukan liga Malaysia tidak berjaya menandingi prestasi kelab bola sepak Thailand yang dilihat lebih konsisten.

Football Channel Malaysia cuba melihat kembali 5 pertembungan terakhir kelab bola sepak kedua-dua negara peringkat Asia Tenggara/Asia.

1) Asian Club Championship 2003, Perak vs BEC Tero Sasana

Perak merupakan juara Liga Premier 2002 pada ketika itu, layak beraksi dalam saingan ASEAN Club Championship 2003.

Diletakkan dalam kumpulan B, bersama Singapore Armed Forces dan DPMM Brunei, Perak gah menjuarai kumpulan untuk ke saingan suku akhir bertemu Samart United dari Kemboja.

Keputusan peringkat kumpulan:

  • Singapore Armed Forces 0-2 Perak ( Indra Putra 20′, Frank Seator 90′)
  • Perak 3-0 DPMM Brunei ( Frank Seator 52′, Syamsul Saad 71′, Harizul Izuan Rani 90′)

Keputusan Suku Akhir :

  • Perak 2-0 Samart United ( Frank Seator 18′, 23′)

Pada peringkat separuh akhir, Perak tewas 1-3 kepada BEC Tero Sasana yang juga finalis kejohanan ini pada 2003. Gol-gol BEC Tero Sasana dijaringkan oleh Anucha Kitpongsri, Therdsak Chaiman dan Jatupong Thangsukh. Manakala gol tunggal Perak dijaringkan oleh Frank Seator.

5 gol dari 4 perlawanan dari Frank Seator, membolehkan beliau berada ditangga kedua senarai penjaring terbanyak kejohanan dibelakang Baichung Buthia dari Kingfisher East Bengal.

2) AFC Cup 2007, Pahang vs Osotspa FC

2016-02-08_2-03-37

Pahang layak ke AFC Cup 2007 selaku juara Piala FA 2006 dan diletakkan dalam kumpulan F bersama Tampines Rover, Mohun Bagan dan Osotspa FC.

Dalam saingan AFC Cup 2007 ini Pahang tewas 0-4 kepada kelab Thailand, Osotspa FC, dalam 2 perlawanan peringkat kumpulan. 8 gol dilepaskan kepada Osotspa FC dari 18 gol bolos diperingkat kumpulan.

Keputusan peringkat kumpulan:

  • Osotspa 4-0 Pahang ( Kittisak Jaihan 15′, Wuttichai Khookaew 54′, Kritsada Kemden 70′, Jetsada Puanakunmee 78′ )
  • Pahang 0-4 Osotspa ( Sumanya Purisai 29′, Kittisak Jaihan 38′ (pen.) Goal 51′, Apipoo Suntornpanavej 77′ )

Walaupun berjaya membelasah Pahang tanpa balas, Osotspa tidak layak ke peringkat suku akhir apabila hanya mengutip 10 mata ditempat ketiga. Tampines Rovers juara kumpulan dengan 13 mata dan Mohun Bagan ditempat kedua dengan 11 mata.

Dalam edisi ini juga, Muhammed Ghaddar berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak bersama Odai Al-Saify.

3) AFC Cup 2009, Kedah vs Chonburi

chonburifc-gallery-1102025

Pada edisi 2009, Kedah bertemu Chonburi dalam perlawanan kumpulan G. Chonburi yang juga juara kumpulan memungut 15 mata hasil dari 6 perlawanan, manakala Kedah mengiringi Chonburi ke peringkat suku akhir berdasarkan perbezaan gol dengan kelab Hong Kong, Eastern AA.

Kedah tewas kedua-dua perlawanan bertemu Chonburi FC.

  • Kedah 0-1 Chonburi FC ( Kone 31′ )
  • Choburi FC 3-1 Kedah ( On-Mo 14′,40′, Douglas 85′ / Khyril 35′ )

Dalam perlawanan suku akhir, Kedah tewas 2-8 kepada wakil dari Vietnam, Binh Duong FC.

4) AFC Champions League 2015, Kelayakan Play-Off, JDT vs Bangkok Glass 

Bangkok-Johor

Ini merupakan kali pertama kelab kedua-dua buah negara bertemu dalam kejohanan peringkat tertinggi di Asia.

Sebelum bertemu Bangkok Glass dalam saingan kedua kelayakan play-off AFC Champions League, JDT terlebih dahulu menang perlawanan kelayakan pertama (2-1) keatas Bengaluru FC dari India.

Bertemu Bangkok Glass FC selaku juara Thai FA Cup 2014, JDT tewas 0-3 dalam perlawanan di Leo Stadium hasil jaringan Narong Jansawek 28′ dan 2 gol Lazarus Kaimbi 52′ dan 62′.

5) AFC Champions League 2015, Kelayakan Play-Off, JDT vs Muangthong United

12644700_574046016092035_682684796302902004_n

Terbaru, dalam saingan kelayakan play-off AFC Champions League 2016, JDT tewas 0-3 kepada Muangthong United dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 0-0.

Muangthong United layak ke saingan kelayakan play-off AFC Champions League apabila menjadi naib juara Thai Premier League dibelakang Buriram United yang menjuarai TPL 2015 dan Thai FA Cup 2015.

Peningkatan ketara dipamerkan oleh JDT berbanding tahun 2015 kerana kebal tanpa melepaskan sebarang gol dalam saingan masa sebenar perlawanan. Namun, keputusan itu masih belum cukup untuk melihat pasukan dari liga Malaysia mara beraksi dalam peringkat kumpulan.

Keseluruhannya,kita masih lagi akan kekal beraksi dalam saingan kelayakan play-off jika hanya mengharapkan satu atau dua pasukan sahaja yang menunjukkan kesungguhan. Ia adalah satu kerja secara kolektif dari semua pasukan untuk menaikkan taraf liga sehingga kita mempunyai slot automatik ke AFC Champions League. Ini adalah indikator kualiti bola sepak.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

 

 

comments