Jersi Baru Pasukan Terengganu FA Musim 2016 Dilancarkan
|
Bertempat di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu, majlis memperkenalkan pemain-pemain dan pelancaran jersi baru pasukan Terengganu FA dan T-Team 2016 telah diadakan dengan jayanya apabila dibanjiri oleh ribuan penyokong mereka. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu.
Dengan penuh semangat dan keterjuaan, semua penyokong menanti untuk melihat jersi baru pasukan kesayangan mereka itu ditayangkan kepada umum buat kali pertamanya. Jersi tajaan dari sebuah syarikat anak negeri Terengganu sendiri, Kobert.
Bagi jersi pasukan Terengganu ia dijual pada harga RRP RM89.90 (tidak termasuk caj penghantaran ) dan boleh didapati dari laman Facebook Terengganu FA. Menurut maklumat yang diperolehi juga, mereka sedang dalam proses untuk memiliki laman jualan e-commerce sendiri dalam masa terdekat bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan jersi baru ini serta pelbagai lagi barangan lain.
Video Teaser Jersi terengganu FA 2016
BACA JUGA: BAGAIMANA MENENTUKAN BILANGAN SLOT DALAM KEJOHANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE
Jersi ‘Home’ Terengganu FA 2016
Dari kiri: Ahmad Nordin Alias, Norsharul Idlan Talaha, Gustavo Fabian Lopez
Jersi ‘Away’ Terengganu FA 2016
Dari kiri: Ashaari Samsudin, Zairo Anuar Zailani, Joseph Kalang Tie
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Isu Tunggakan Gaji Pemain Liga Malaysia Tersebar Ke Jepun