Isu Tunggakan Gaji Pemain Liga Malaysia Tersebar Ke Jepun

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
11261422_738457899588828_1642300546798240053_o

Antara perkara paling memalukan adalah dalam dunia bola sepak adalah isu gaji yang tertunggak untuk tempoh yang lama dan setakat ini masih belum ada sebarang penyelesaian.

Lebih memalukan lagi apabila ianya telah tersebar sehingga ke luar negara.

Portal bola sepak tersohor Jepun, Soccer King menyiarkan artikel berkenaan isu gaji yang tertunggak dalam Liga Malaysia. Ikuti terjemahan Football Channel Malaysia dibawah berkenaan artikel tersebut.

2016-02-12_16-45-24

Professional Footballer Association of Malaysia (PFAM), pada 9 Feb 2016, telah mengadakan satu sidang akhbar berkenaan isu pembayaran gaji tertunggak yang berlaku dalam Liga Malaysia. 21 pemain yang masih belum menerima gaji yang sepatutnya adalah dari pasukan Liga Super Malaysia, Kelantan FA & Felda United serta ATM FA dari Liga Premier, yang dianggarkan berjumlah RM4.39 juta atau 120,000,000 juta Yen.

Presiden PFAM, Hairuddin Omar, beliau sendiri pun masih belum menerima tunggakan dari majikan lamanya, ATM FA.

12646898_738458186255466_4512726335917330134_o

” Tunggu sampai bila pun, masalah ini seperti tiada penyelesaian. Kesabaran kami juga ada batasan dan sudah sampai kemuncaknya.”, kata beliau.

ATM FA terjerumus ke Liga Premier 2016 apabila mengakhiri Liga Super 2015 ditangga terbawah dan isu gaji yang tidak berbayar ini menjejaskan prestasi pemain.

Menurut PFAM, isu ini sudah dibawa kepada pengetahuan FAM, namun masih tiada sebarang tindakan diambil. CEO PFAM, Izham Ismail memberitahu, “Jawatankuasa FAM memerlukan 100 hari bagi mengadakan mesyuarat. Dan sehingga sekarang masih tidak dapat dilihat pasukan-pasukan yang terlibat berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Ia mengambil masa terlalu lama.”

12697477_738457889588829_6378833903343933172_o

Beliau menjelaskan lagi, pemain diminta untuk menandatangani 2 kontrak dimana kontrak dengan menyatakan gaji lebih rendah dihantar kepada FAM. Tiada alasan yang jelas mengapa perkara ini berlaku namun, dipercayai ada berkaitan dengan isu cukai pendapatan dan KWSP.

Jika tiada usaha kearah menyelesaikan perkara ini, menurut PFAM, kemungkinan akan berlaku “strike”. Namun “strike” akan akan dipilih sebagai jalan terakhir selepas pelbagai cara dan usaha lain telah dilakukan.

2016-02-12_16-34-09

comments