3 Faktor Penting Kejayaan Buriram United Dalam Menuju Misi Top 5 Asia

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
a966_S32_5636

 

 

Tahun 2003, dalam saingan Thai Division 1, pasukan ini menamatkan saingan di tempat kedua, namun mereka tewas dalam penentuan ke Thai Premier League kepada Thailand Tobacco Monopoly FC.

Seongnam+FC+v+Buriram+United+Asian+Champions+7f0RUBufh2px

Setahun kemudian, mereka berjaya ke divisyen utama Thailand dan berjaya mengejutkan industri bola sepak Thailand selepas berjaya berada di tempat kedua TPL 2003. Mereka layak beraksi dalam saingan AFC Champions League pada 2005, namun diketepikan.

Kejayaan tidak hadir seperti dijangka. Musim 2005 dan 2006, pasukan ini hanya menamatkan saingan di tempat ke 10 dan 8.

Penghujung 2009, Newin Chidchob mengambil alih kelab PEA. Beliau telah gagal untuk mengambil alih 2 pasukan lain, TOT SC dan Royal Thai Army FC. Selepas memiliki kelab PEA, Newin terus memindahkan ‘base’ dari Ayutthaya ke Buriram.dan menukar nama kepada Buriram PEA FC dengan Pongphan Wongsuwan sebagai jurulatih.

Tahun 2011, Newin telah menggabungkan 2 kelab bola sepak dari Buriram, Buriram PEA FC (Juara TPL 2011) dan Buriram FC dan menggunakan nama baru Buriram United FC bagi musim 2012.

7239300050_0366a1449a_b

Pada 2012 juga, Buriram United layak beraksi dalam AFC Champions League diletakkan satu kumpulan bersama Kashiwa Reysol, Guangzhou Evergrande dan Jeonbuk Hyundai Motors. 2 kemenangan keatas Kashiwa Reysol (3-2, gol: Jirawat & Jadigerov ) dan menamatkan rekod tanpa kalah Guangzhou Evergrande di laman sendiri apabila menang 2-1 gol dari Suchao dan Acheampong.

Dalam 6 tahun terkini, Buriram United telah berjaya merekodkan 11 kejuaraan domestik dan ini menunjukkan penguasaan mereka dalam arena bola sepak Thailand.

3 Faktor Penting Kejayaan Buriram United Dalam Menuju Misi Top 5 Asia

1) Dedikasi penuh dari pengerusi kelab, Newin Chidchob.
2) Komitmen tinggi dan kesungguhan dari setiap pemain yang dahagakan kemenangan setiap perlawanan.
3) Sokongan padu penyokong yang tidak henti-henti dalam setiap perlawanan. Sorakan semangat kepada pemain dan kelab, didalam dan luar padang dan tidak pernah ‘lemah’ dengan turun naik prestasi kelab.

 

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY

comments