Jacksen Tiago Faktor Utama Osas Saha Sertai Penang FA

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
osas-saha-psgc_6bu3nfpv4whv1frifiukj69nk

Marvelous Osas Saha dalam satu temubual memberitahu bahawa jurulatih skuad Penang FA, Jacksen Tiago merupakan faktor utama beliau membuat keputusan berhijrah ke Malaysia.

Osas Saha, bekas penyerang Sriwijaya FC berasal dari Nigeria itu juga memberitahu dengan keadaan liga Indonesia yang masih belum perjalanan untuk 2016 ini juga menjadi faktor penyumbang beliau nekad menyertai pasukan Liga Super Malaysia itu.

“Coach Jacksen bukan jurulatih sembarangan. Ia berjaya membawa Persipura sebagai juara ISL sebanyak 3 kali. Bekerja sama dengannya merupakan sebuah kebanggaan,” jelas Osas Saha.

Osas Saha-5OZJw

“Saya mahu turun beraksi secepat mungkin. Saya berada dalam keadaan yang cergas dan sedia beraksi dalam perlawanan. Berkenaan menyesuaikan diri, biarkan ianya berlaku secara natural”, jelasnya dengan penuh yakin.

Mengulas mengenai gaji yang diterimanya berjumlah 2 billion rupiah / RM620,000 setahun, Osas berkata biarkan ia menjadi rahsia dan tidak mahu memberikan sebarang komen. Cuma, beliau tidak menafikan menerima tawaran yang lebih baik dari Sriwijaya dan mahu memberikan prestasi terbaik beliau dalam memburu penjaring terbanyak Liga Super 2016.

comments