Sanfrecce Hiroshima Juara Fuji Xerox Super Cup 2016
|
Sanfrecce Hiroshima hari ini berjaya menewaskan Gamba Osaka 3-1 dalam perlawanan rasmi pertama 2016, Fuji Xerox Super Cup 2016, yang telah berlangsung di Nissan Stadium, Yokohama.
3 gol Sanfrecce Hiroshima dijaringkan oleh Hisato Sato minit ke 51, Takuma Asano minit ke 57 dan penyerang import baru mereka Peter Utaka pada minit ke 73. Manakala gol tunggal Gamba Osaka pula dijaringkan oleh Takashi Usami minit ke 68.
Apa itu Fuji Xerox Super Cup?
Perlawanan Fuji Xerox Super Cup merupakan perlawanan pembukaan untuk musim baru bola sepak di Jepun.
Dua pasukan dipilih untuk beraksi untuk merebut piala ini adalah :
- Juara J1 League
- Juara Emperor’s Cup
Dan bagi edisi 2016 ini, Sanfrecce Hiroshima merupakan juara keseluruhan J1 League 2016 dan Gamba Osaka pula adalah juara Emperor’s Cup 2016. Jika perlawanan berakhir 90 minit dengan keputusan seri, pemenang akan ditentukan dengan sepakan penalti – tiada masa tambahan 30 minit.
Berdasarkan rekod semasa, Kashima Antlers masih lagi memegang takhta sebagai pasukan paling banyak menjuarai Fuji Xerox Super Cup sejak diperkenalkan pada 1994, dengan 5 kejuaraan pada 1997, 1998, 1999, 2009 dan 2010, manakala sebagai naib juara pada 2001, 2002, 2008 dan 2011.
3 pasukan bersaing rapat bagi mencabar rekod Kashima Antlers dikedudukan teratas rekod kejuaraan Fuji Xerox Super Cup iaitu Tokyo Verdy – juara edisi 1984, 1994, 1995, 2005, Sanfrecce Hiroshima juara edisi 2008, 2013, 2014, 2016 dan Urawa Reds juara edisi 1979, 1980, 1983, 2006.
Fuji Xerox pula kekal sebagai penaja kepada ‘Japanese Super Cup’ ini sejak diperkenalkan pada 1994.
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Keputusan Undian Pusingan Ketiga Superbest Power Piala FA 2016