6 Pasukan Asia Tenggara Yang Pernah Menghuni Ranking Top 100 FIFA
|
Berdasarkan senarai ranking FIFA terbaru yang diumumkan pada 7 April 2016, Filipina mencipta rekod baru apabila melonjak 16 anak tangga ke ranking 116 – rekod terbaik sepanjang zaman bagi skuad kebangsaan Filipina.
Malaysia, terus menjunam ke angka 174!
Dalam artikel ini kami cuba membawa kembali memori 6 buah pasukan kebangsaan dari Asia Tenggara yang pernah menghuni ranking Top 100 FIFA sekitar tahun 1990 an.
1) Thailand – Ranking 43, September 1998
Thailand telah mengalami kegagalan pada kejohanan Piala Tiger 1998 di Vietnam. Bagaimanapun, hasil 2 kemenangan keatas Myanmar dan Indonesia telah cukup untuk membawa mereka ke ranking 43 pada September 1998. Ini merupakan ranking paling tinggi pernah dicapai oleh pasukan jiran kita dalam sejarah bola sepak mereka.
Sekarang, Thailand berada di ranking ke 119.
2) Singapura – Ranking 73, Ogos 1993
Selepas FIFA memperkenalkan sistem ranking ini pada Disember 1992, pasukan kebangsaan Singapura terus berada di tangga ke 73 selepas pada Ogos 1993 – kejayaan mereka berada ditempat ketiga kejohanan Sukan SEA ke 17.
Pasukan Singapura sekarang berada di ranking ke 148.
3) Malaysia – Ranking 75, Ogos 1993
Seperti juga Singapura, ranking paling tinggi yang pernah dicapai oleh pasukan kebangsaan Malaysia adalah di ranking 75 iaitu ketika sistem ranking ini diperkenalkan.
Sekarang Malaysia menghuni ranking ke 174!
4) Indonesia – Ranking 76, September 1998
Berbekalkan kejayaan mendudui tempat ketiga Piala Tiger 1998, Indonesia melonjak ke tangga 76 ranking FIFA. Dengan rekod 2 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah dalam kejohanan ini, Indonesia berjaya berada di ranking tertingginya.
Sekarang mereka berada pada raning ke 185!
5) Vietnam – Ranking 84, September 1998
Kejayaan menewaskan Thailand 3-0 dalam separuh akhir Piala Tiger 1998 membolehkan Vietnam melompat 14 tanggan ke ranking 84 FIFA Ranking.
Dengan 2 pemain sedang beraksi dalam saingan J League 2 musim ini, dijangkakan Vietnam akan terus menghasilkan pemain berbakat baru dimasa depan.
Sekarang, mereka berada di ranking ke 144!
6) Myanmar – Ranking 97, April 1996
Selepas FIFA mengumumkan kemaskini ranking pada April 1996, Myanmar berjaya berada dalam senarai Top 100 – menghuni tangga ke 97.
Pencapaian ini bagaimanapun gagal dikecapi kembali sehingga hari ini.
Sekarang Myanmar berada di ranking ke 166!
Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY
Next : Rahmad Darmawan Semakin Yakin Membimbing T-Team