Rahmad Darmawan Semakin Yakin Membimbing T-Team

Share on Facebook0Tweet about this on TwitterShare on Google+0Share on Reddit0
Rahmad-Darmawan

2 kemenangan berturut-turut T-Team dalam 2 perlawanan terakhir telah memberikan satu tonik keyakinan kepada ketua jurulatihnya, Rahmad Darmawan.

Rahmad juga jelas gembira dengan prestasi bekas penyerang Persib Bandung, Makan Konate yang semakin padu mengetuai jentera serangan pasukan dari Kuala Terengganu itu.

“Saya memuji aksi tidak mengenal penat oleh pemain-pemain sehingga telah berjaya menebus kegagalan untuk mencatat kemenangan dalam 6 perlawanan pertama.”

12967417_1020586391354019_537516977415250048_o

Dengan 2 kemenangan dan 3 seri serta 2 kekalahan, Rahmad jelas positif dengan prestasi T-Team dan mahu menempatkan pasukan itu dikedudukan lebih tinggi dalam carta Liga Super Malaysia 2016.

“Saya percaya jika prestasi seperti ini mampu dikekalkan, kita mampu untuk berada dikedudukan yang lebih baik.” kata pengendali berusia 49 tahun yang berasal dari Metro, Lampung itu.

Beliau juga turut memuji persembahan seorang lagi pemain import T-Team, Dilshod Sharofetdinov, yang berjaya membantu pasukan untuk beraksi cemerlang. Selain itu, Rahmad masih menantikan gol dari bekas penyerang Mitra Kukar, Patrick Dos Santos, yang masih belum mencatat nama sebagai penjaring dalam aksi Liga Super 2016.

comments